Shah Alam – Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi fasa 2 masih belum pasti samada pada 14 April 2020 ini merupakan tarikh akhir (PKP) atau akan dilanjutkan sehingga fasa yang ke 3. Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah “ kita belum memenangi peperangan ini lagi namun kita juga masih belum kalah dalam peperangan ini”. Oleh hal yang demikian, seluruh rakyat Malaysia dinasihatkan agar sentiasa mematuhi peraturan dan arahan yang telah dikeluarkan oleh pihak berkuasa.
Penempatan pelajar di Kolej Perindu, UiTM Shah Alam sentiasa berada didalam pengawasan dan penjagaan yang rapi dan baik. Salah satu inisiatif pihak pengurusan kolej iaitu daripada barisan Staf Residen Kolej (SRK), Jawatankuasa Perwakilan Kolej (JPK) dan dengan kerjasama dari Tuan Pengetua Kolej Perindu itu sendiri iaitu dengan mengadakan satu aktiviti yang berunsurkan penyampaian maklumat secara atas talian. Aktviti “ The Voice Of Principal” yang disampaikan oleh Pengetua Kolej itu sendiri iaitu, En Sumardianshah Bin Silah.
Aktiviti ini bertujuan untuk menyebarkan maklumat kepada para pelajar mengenai pelbagai aktiviti yang telah dirancangkan sepanjang (PKP) fasa 1 dan fasa 2 ini berlangsung. Aktiviti ini telah berlansung pada 9 April 2020 (Khamis) pada jam 4.00 petang. Pada sesi sembang santai tersebut pengetua kolej telah menekankan agar para pelajar khususnya pelajar yang masih berada di kolej atau yang sudah ada di rumah masing-masing untuk cakna dan peka dengan pelbagai aktiviti yang akan dilaksanakan. Beliau juga telah berkongsi mengenai aktiviti yang dijalankan satu persatu agar lebih mudah dan difahami oleh para pelajar.
Hal ini dikatakan demikian kerana, setiap aktiviti yang dijalankan akan disediakan merit bagi pelajar. Para pelajar hendaklah aktif dan cuba untuk menyertai setiap aktiviti yang dijalankan bagi melayakan dan menempatkan mereka di kolej untuk semester yang seterusnya. Menurut Tuan Pengetua lagi, menerusi platform media sosial juga kita dapat mencungkil bakat-bakat terpendam para pelajar untuk diasah lagi dimasa akan datang.