Remember Your Al-Quran, Pertandingan Hafazan Al- Quran


Shah Alam – Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah diperkenalkan sejak 18 Mac lalu. Tindakan itu sememangnya membantu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam mengawal dan mengekang kes Covid-19 di negara ini. Seterusnya, pada 4 Mei yang lepas PKPB telah dijalankan bagi membolehkan sebahagian sektor ekonomi dan sosial berjalan seperti biasa  dengan mematuhi syarat-syarat perlaksanaan berpandukan garis panduan (SOP) yang telah dikeluarkan. Pada 24 April 2020 seluruh umat Islam telah menyambut Ramadan, kali ini dengan penuh perbezaan kesan daripada penularan wabak Covid-19. Pada masa yang sama Kolej Perindu telah mengambil pendekatan strategik dengan melaksanakan pelbagai aktiviti yang menarik dan mampu mengimarahkan lagi bulan yang mulia ini.

Salah satu aktiviti yang dijalankan ialah Remember Your Al-Quran, Pertandingan Hafazan Al-Quran. Aktiviti ini telah diadakan pada 10 Mei 2020. Aktiviti ini dijalankan secara dalam talian melalui aplikasi Google Meet. Program telah dimulakan dengan ucapan aluan oleh Ustaz Syukri Fawzi yang juga merupakan SRK Kolej Perindu. Terdapat lima set soalan, dan setiap set mempunyai tiga soalan. Soalan yang dibuat berbentuk seperti menyambung surah-surah dari juzuk ‘ Amma bermula dari Surah Al –Alaq dan sehingga surah An- Nas.  Soalan-soalan ditanyakan secara bergilir mengikut nama peserta. Para peserta telah diadili oleh 2 orang juri jemputan iaitu Ustaz Syukri sendiri dan  saudara Aiman Farhan,ahli JPK Exco Kerohanian.

Antara kriteria yang menjadi adili adalah dari segi bacaan, kelancaran, hafalan dan juga lagu bacaan yang dipersembahkan oleh para peserta. Setiap peserta akan diberikan merit kolej.  3 peserta dengan bacaan dan markah yang tertinggi akan dipilih sebagai pemenang.

Diharapakan dengan aktiviti sebegini dapat memupuk para pelajar untuk lebih mendekatkan diri dengan aktiviti membaca al- quran dan sekaligus meggunakan masa dan peluang yang ada di bulan Ramadan dengan sebaik mungkin.