Sambutan Raya Bersama Rakan Strategik APB

Majlis Hari Raya APB 2019

Menjelang Hari Raya,
Berakhirnya puasa,
Bergema takbir senja,
Menyambut Syawal tiba.

Berbekalkan kesyahduan Aidilfitri dan keberkatan bulan Ramadhan, Akademi Pengajian Bahasa (APB) telah menganjurkan jamuan sempena menyambut girang bulan Syawal pada 27 Jun 2019 yang lalu.

Suasana riang ria Jamuan Raya Aidil Fitri yang telah diadakan, sedikit sebanyak mempamerkan kemesraan dan jalinan yang erat antara warga APB.

Pelbagai juadah dihidang untuk santapan para pensyarah dan juga staf APB.

Sambutan majlis bertambah meriah dengan kehadiran rakan-rakan strategik APB yang sentiasa memberi sokongan kepada APB.

Tetamu-tetamu yang turut hadir ialah Dato’ Dina Asmadi Hj. Mansor, Pengarah Pengurusan Aura Aromatic; Dr. Wang Zhenghai, Pengarah (China), Institusi Kong Li; Prof. Madya Dr. Noor Zalina Mahmood, Pengarah (Malaysia), Institusi Kong Li; Encik Mohd Armi Rusli dari SignOn (Malaysia Sign Language); Cik Iza Azween Fadzil, Pegawai Tadbir; dan Nurabiatul Adawiah Sarif, Penolong Pegawai Tadbir.

Dengan kehadiran rakan-rakan strategik di jamuan Hari Raya dapat memperkukuhkan kolaborasi strategik antara APB dan agensi luar di samping menikmati pelbagai hidangan raya.

Foto menarik sepanjang majlis berlangsung:

0
0