26 April 2024, Kangar: Majlis Sambutan Aidilfitri 2024, Kolej Pengajian Alam Bina (KAB), UiTM Cawangan Perlis telah diadakan di Hotel Sri Malaysia, Kangar. Seramai empat puluh (40) orang termasuk Ketua Pusat Pengajian, Koordinator Program, pensyarah dan staf makmal telah hadir untuk memeriahkan lagi majlis bermakna ini. Majlis diserikan dengan kehadiran pesara (Bekas Pensyarah) Kolej Pengajian Alam Bina yang banyak berjasa kepada jabatan KAB dan pelajar Geomatik.
Majlis sambutan Aidilfitri 2024 ini bertujuan untuk meluangkan masa bersama para pensyarah, bekas pensyarah KAB dan staf makmal. Menerusi majlis ini, ianya dapat meningkatkan semangat kerjasama dan mengeratkan silaturahim yang lebih progresif antara warga KAB dan kakitangan makmal.
Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Sr Tengku Afrizal Tg Ali (Pensyarah Kanan) dan kemudiannya diteruskan dengan sesi menjamu selera dan sesi fotografi bersama staf KAB. Majlis Raya Aidilfitri, Kolej Pengajian Alam Bina, UiTM Cawangan Perlis telah berlangsung dengan jayanya dan meninggalkan kenangan manis buat semua warga KAB.