Sambutan Hari Kualiti Fakulti Perubatan terapkan Budaya Kerja Berkualiti dalam Kecemerlangan Organisasi

Sambutan Hari Kualiti Fakulti Perubatan terapkan Budaya Kerja Berkualiti dalam Kecemerlangan Organisasi

Pada 23 Disember 2019, warga Fakulti Perubatan UiTM telah menyambut Hari Apresiasi dan Anugerah Kualiti 2019 dengan tema ‘Kualiti Meningkatkan Kecemerlangan Fakulti’. Majlis ini telah dirasmikan oleh Prof. Dr. Hjh Roziah Mohd Janor (Penolong Naib Canselor INQKA) danĀ  turut dimeriahkan lagi dengan kehadiran Prof. Dato’ Dr. Abu Bakar Abdul Majid (Rektor UiTM Cawangan Selangor.

Antara aktiviti-aktiviti sempena sambutan hari kualiti ini termasuklah pameran poster inisiatif projek-projek kualiti fakulti, pameran booth daripada wakil Malaysian Society in Quality Healthcare (MSQH) dan Malaysian Productivity Corporation (MPC) serta sesi perkongsian kumpulan inovatif kreatif (KIK) dan kuiz interaktif atas talian. Beberapa anugerah juga turut disampaikan kepada jabatan-jabatan dan individu yang menunjukkan pencapaian yang cemerlang di fakulti.

Sambutan Hari Kualiti Fakulti Perubatan terapkan Budaya Kerja Berkualiti dalam Kecemerlangan Organisasi

Prof. Dr. Hjh Roziah dalam ucapannya amat berbangga dengan program sebegini di peringkat fakulti yang selari dengan objektif pembudayaan kualiti di peringkat universiti dan cawangan. Beliau menambah, penyertaan agensi luar juga akan mampu mengembangkan lagi pencapaian universiti yang berkaitan dengan kualiti. Bagi Prof. Dr. Mohd Zamrin Dimon (Dekan) pula, majlis sambutan pada hari ini merupakan usaha fakulti dalam membudayakan amalan kerja berkualiti yang dirancang akan diteruskan dan ditambahbaik pada tahun-tahun akan datang.

Pihak penganjur pula mengharapkan sambutan hari ini akan menyemarakkan semangat warga fakulti perubatan dalam meneruskan amalan budaya kualiti secara berterusan.

Sambutan Hari Kualiti Fakulti Perubatan terapkan Budaya Kerja Berkualiti dalam Kecemerlangan Organisasi

1
0