Safety Explorace Day 2019

Peserta Program Bersama Perasmi dan Penceramah

Program “Safety Explorace Day 2019” merupakan Bengkel Kesedaran Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Fakulti Sains Gunaan yang telah diadakan pada 28 Ogos 2019 dari jam 8:00 pagi  hingga 4:30 petang, Tujuan program ini adalah untuk menerapkan kesedaran dalam mematuhi polisi keselamatan semasa bekerja, dan memberi galakan untuk mengamalkan budaya kerja selamat

Program ini telah dirasmikan oleh YM Dr Raja Razuan Bin Raja Deris, Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar FSG. Seramai tiga orang penceramah jemputan telah dijemput iaitu Dr Ismaniza Ismail, Dr Nor Suhaila Mohamad Hanapi dan Dr Zitty Sarah Ismail untuk memberi ceramah berkaitan alat pelindung diri, pengurusan kimia yang selamat dan budaya kerja selamat di dalam makmal.

Pada sebelah petang aktiviti Explorace telah dijalankan yang meliputi tujuh checkpoint berkaitan tentang keselamatan dan kesihatan. Seramai 46 orang peserta terdiri daripada Timbalan Pegawai Sains, Pegawai sains, Penolong Pegawai Sains dan pembantu makmal telah menjayakan program ini.

Penceramah Jemputan Dr Ismaniza Ismail
Perasmian Program oleh YM Dr Raja Razuan Raja Deris
Penceramah Jemputan Dr Nor Suhaila Mohamad Hanapi
AJK Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
Aktiviti Explorace – Logo Merbahaya
Aktiviti Explorace – Teka First Aid
Aktiviti Explorace – Prosedur Kecemasan
0
0