Mengulang kejayaan penganjuran program Guest Lecture Series pada 2020, Institut Teknologi Sepuluh Nopember (ITS) sekali lagi menganjurkan program yang sama pada 2021 di bawah ITS Global Engagement. Penganjuran program ini merupakan bentuk komitmen ITS dalam pembangunan Sains dan Kejuteraan dalam mencapai matlamat pembangunan lestasi (SDG) yang telah digariskan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (United Nation).
Melalui Perjanjian Persefahaman (MoU) yang telah dimeterai di antara Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan ITS, satu kerjasama global telah terjalin di mana Dr. Masyitah Md Nujid dari Kolej Kejuruteraan, Universiti Teknologi MARA, Cawangan Pulau Pinang, Kampus Permatang Pauh telah dilantik sebagai Penceramah Jemputan bagi Siri Ceramah Jemputan (GLS) bertajuk Revolusi Industri (IR 4.0: Power of Computer Modelling and Simulation) yang telah dijalankan pada 7 April 2021, Rabu. Program webinar ini telah berlangsung secara live streaming pada jam 3.30 petang waktu Indonesia dan 4.30 petang di Malaysia. Para peserta webinar terdiri daripada pelajar siswazah dan pasca-siswazah ITS, para akademia institut serta dari rakan kerjasama global ITS.
Beliau telah memberikan kuliah mengenai sejarah revolusi industri (IR 1.0) sehinggalah revolusi industri terkini iaitu revolusi industri teknologi atau lebih dikenali dengan IR 4.0. Bertepatan dengan tema SDG 9.0 iaitu membangun infrastruktur yang berdaya tahan, mempromosikan perindustrian lestari dan memupuk inovasi. Antara isu dan cabaran IR 4.0 dan SDG 9.0 dalam aspek ekonomi, social, pendidikan, politik dan organisasi ialah mencapai matlamat pembangunan lestari dan menyesuaikan dengan revolusi digital teknologi pada masa kini. Mengintegrasikan IR4.0 dengan matlamat pembangunan lestari dalam platform inovasi dapat membantu para pembuat keputusan membuat pilihan yang tepat untuk menggunakan teknologi dalam mencapai matlamat SDG. Antara bidang digital teknologi yang berkaitan dengan SDG 9.0 dan IR 4.0 ialah permodelan komputeran dan simulasi data.
Program yang dihadiri oleh para penuntut dan para akademia dari ITS Surabaya amat bermanfaat kepada kedua-dua institusi pendidikan ini dalam penyampaian ilmu secara global dengan penglibatan penceramah jemputan luar.