ALOR GAJAH, 2 November 2022 – YBhg. Datuk Haji Rodzi bin Md Saad, Ketua Pengarah Keselamatan Negara, Majlis Keselamatan Negara bersama dengan 450 orang mahasiswa UiTM Melaka dalam program Rakan Strategik Jelajah IPTA: ‘Belia Benteng Negara’ bertempat di Dewan Taming Sari, UiTM Kampus Alor Gajah.
Yang Berbahagia Rektor dalam ucapannya merakamkan terima kasih atas kesudian Majlis Keselamatan Negara khususnya Yang Berbahagia Datuk yang dapat meluangkan masa bersama belia, mahasiswa dan mahasiswi UiTM Cawangan Melaka dalam memahami tentang keselamatan negara
khususnya berkaitan Dasar Keselamatan Negara 2021-2025.
Tanggungjawab menjaga keselamatan Negara ini amat penting untuk digalas oleh setiap warganegara bukan hanya terletak di bahu pasukan keselamatan dan jentera kerajaan semata-mata tetapi menjadi tanggungjawab individu dalam memastikan Malaysia kekal berdaulat, aman dan sejahtera.
Turut diadakan sesi pameran dari Pasukan Bomba, Angkatan Tentera Malaysia, Polis Diraja Malaysia, Agensi Anti Dadah Kebangsaan dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia.