RAFIEE GHANI MELAKAR RUPA, MULIYADI MAHAMOOD MENCORET KATA DALAM THE TALE OF RAFIEE GHANI’S MOROCCAN JOURNEY

PUTRAJAYA – Telah berlangsungnya pelancaran buku The Tale of Rafiee Ghani’s Moroccan Journey di Astaka Morocco, Putrajaya pada 1 November 2017. Buku hasil kerjasama dua penerbit iaitu Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM) dan Visioncy dilancarkan oleh Datuk Seri Haji Hasim Haji Ismail, Presiden Perbadanan Putrajaya dengan kehadiran Puan Jamila El Moussali, Setiausaha Kementerian Pelancongan, Pengangkutan Udara, Kraf, dan Ekonomi Sosial, Kerajaan Maghribi. Turut hadir semasa pelancaran adalah Tuan Yang Terutama Mohammed Reda Benkhaldoun, Duta Besar Maghribi ke Malaysia, Encik Mohd Khair Ngadiron, Pengarah Urusan ITBM dan Encik Patrice Vallette, Pengasas dan Kurator Vallette Gallery dan Visioncy.

0
0