Quantity Surveying Projects Exposition 2019 (QSPEX 2019) Platform Persediaan Pelajar Tahun Akhir Ijazah Sarjana Muda Ukur Bahan

Quantity Surveying Projects Exposition 2019 (QSPEX 2019) Platform Persediaan Pelajar Tahun Akhir Ijazah Sarjana Muda Ukur Bahan

SHAH ALAM – Pelajar tahun akhir Ijazah Sarjana Muda Ukur Bahan, Fakulti Senibina Perancangan dan Ukur (FSPU), Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam telah membentangkan hasil kajian akhir mereka ketika menyertai Quantity Surveying Projects Exposition (QSPEX 2019) anjuran Pusat Pengajian Ukur Bahan, Fakulti Senibina Perancangan dan Ukur (FSPU), Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam

Dengan tema “Towards Better Future: Urban Development” 120 orang pelajar telah membentangkan hasil kerja mereka yang berfokus kepada cadangan teknikal dan komersial. Program ini melibatkan jaringan bersama pemain-pemain industri sektor pembinaan yang mewakili Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), firma konsultansi juruukur bahan dan universiti swasta.  Program ini berlangsung pada 4 Disember 2019 di Galeri utama FSPU.

Quantity Surveying Projects Exposition 2019 (QSPEX 2019) Platform Persediaan Pelajar Tahun Akhir Ijazah Sarjana Muda Ukur Bahan

Program ini dianjurkan dengan matlamat utama memberi platform untuk mendedahkan pelajar tahun akhir ijazah Sarjana Muda Ukur Bahan kepada amalan professional dalam sektor pembinaan. Lanjutan daripada itu, program ini juga bertujuan untuk menjalinkan kerjasama yang lebih erat antara staf akademik Pusat Pengajian Ukur Bahan, UiTM Shah Alam dan pemain-pemain industri.

EEC Consultant dan Vision Quest Consult berjaya menggondol hadiah tempat pertama setelah berkongsi markah dan MC Consult meraih tempat ketiga. Hadiah wang tunai untuk tempat pertama dan ketiga telah disampaikan oleh Sr Zulyazri Ismail, Pengarah Jabatan Ukur Bahan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

Quantity Surveying Projects Exposition 2019 (QSPEX 2019) Platform Persediaan Pelajar Tahun Akhir Ijazah Sarjana Muda Ukur Bahan

“QSPEX adalah satu program yang sangat baik untuk pelajar. Ini kerana, banyak input serta mendedahkan pengalaman kepada pelajar untuk mereka mempersiapkan diri mereka apabila melangkah ke alam pekerjaan. Disamping itu juga, melalui program ini, pelajar dapat mengendalikan tugas dengan baik secara berkumpulan. Ini dapat membuktikan bahawa pelajar sudah bersedia untuk menempuh ke alam kerjaya,” kata pelajar Mahmud Nazmi Mohd Razaman.

Pusat Pengajian Ukur Bahan berharap agar program ini dapat diteruskan di masa hadapan sekaligus meningkatkan visibiliti dan nama baik UiTM. Selain itu, penyertaan pelajar dalam pembentangan kajian akhir ini diharap dapat meningkatkan lagi kemahiran insaniah dan komunikasi sebelum bergraduasi sebagai persediaan memasuki alam pekerjaan.

Foto berkaitan:

Quantity Surveying Projects Exposition 2019 (QSPEX 2019) Platform Persediaan Pelajar Tahun Akhir Ijazah Sarjana Muda Ukur Bahan Quantity Surveying Projects Exposition 2019 (QSPEX 2019) Platform Persediaan Pelajar Tahun Akhir Ijazah Sarjana Muda Ukur Bahan

0
0