PZ FC Juara Kejohanan Bola Sepak Highlander Cup Piala Rektor 2024

Puncak Alam, 26 Jun 2024 – Pasukan PZ FC telah berjaya merangkul gelaran Juara setelah menewaskan Zamrud United FC pada aksi Final Kejohanan Bola Sepak Highlander Cup Piala Rektor 2024. Pasukan Angsana FC pula muncul Juara bagi kategori Piala Timbalan Rektor HEP setelah menang dalam menentang pasukan Transcilit FC.

Kejohanan Bola Sepak Highlander Cup  2024 merupakan anjuran kali ke-3 Unit Sukan UiTM Cawangan Selangor (UCS) dan telah bermula pada 18 Mei 2024 sehingga 26 Jun 2024. Ia telah menyaksikan 16 pasukan bola yang berentap untuk mendapatkan gelaran Juara.

Objektif kejohanan antara lain adalah bagi pembudayaan sukan (Sporting Campus) dan pengukuhan pasukan sebagai persediaan menyertai kejohanan prestij. Selain itu, ia juga sebagai platform bagi menambah ilmu pengetahuan tentang pengurusan acara bola sepak dan sebagai satu program pembangunan pasukan bola sepak di UCS.

Hadir menyaksikan perlawanan akhir dan menyampaikan hadiah kepada pemenang adalah YBrs. Profesor Madya Sr Dr Rosmadi Ghazali, Timbalan Rektor (Bahagian Hubungan Industri, Komuniti, Alumni Dan Keusahawanan (iCARE), mewakili Rektor UCS.