ARAU, 29 dan 30 September 2021- Fakulti Sains Gunaan (FSG), UiTM Cawangan Perlis dengan Kerjasama PJIMA telah mengadakan program bertajuk “Publish And Flourish: FYP To Journal Publication” secara atas talian melalui aplikasi Google Meet.
Bengkel “Publish and flourish: FYP to Journal Publication” yang dianjurkan oleh Fakulti Sains Gunaan UiTM Perlis dengan kerjasama PJIMA ini bertujuan untuk membuka ruang penulisan dan penerbitan kepada para pensyarah untuk menghasilkan penulisan jurnal berimpak. Di samping itu, kursus ini juga dapat membimbing pensyarah menghasilkan penulisan jurnal hasil keluaran pelajar projek tahun akhir. Tambahan lagi, program ini juga bertujuan bagi menyemarakkan pemetaan KPI universiti bagi tahun 2021.
Program ini telah berlangsung selama dua hari. Pada hari pertama, terdapat 5 sesi perkongsian dari penceramah jemputan yang pakar dan arif dalam bidang penulisan dan penerbitan. Ceramah pertama disampaikan oleh Prof. Madya Dr. Mohd Azwan Abbas yang bertajuk FYP to Journal Publication. Ceramah kedua pula disampaikan oleh Dr Wan Izhan Nawawi dengan tajuk Abstract and Problem. Ceramah ketiga disampaikan oleh Ts. Dr. Mohd Zaki bin Mohd Yusoff dari UiTM Pulau Pinang dengan tajuk Literature Review manakala ceramah keempat disampaikan oleh Dr. Zaidi Ab Ghani dengan tajuk Methodology Writing. Ceramah kelima dan terakhir bagi sesi hari pertama program bertajuk Results and Discussion telah disampaikan oleh Prof. Madya Dr. Ramani Mayappan.
Sesi perkongsian keenam diteruskan lagi pada hari kedua dengan tajuk Choosing The Right Journal For Publication yang disampaikan Prof. Madya Dr. Nafisah Osman. Beliau dan para penceramah lain banyak berkongsi ilmu dan pengalaman peribadi bagaimana untuk menghasilkan jurnal yang baik dari projek penyelidikan tahun akhir disamping menerangkan teknik penulisan dan teknik menghasilkan penulisan yang berimpak.
Program kemudian diteruskan dengan sesi bersama fasilitator. Sesi ini dipecahkan kepada dua. Sesi pertama bertajuk Jom Edit Lagi!!! dan sesi kedua bertajuk Buat Sampai Publish!!!. Peserta dibahagikan kepada 5 kumpulan kecil mengikut bidang masing-masing dengan bimbingan fasilitator. Dalam sesi ini para peserta bertanyakan soalan yang berkaitan dengan ceramah FYP to Journal Publication, berbincang dengan fasilitator berkenaan manuskrip yang belum di terbitkan dan berkongsi tips berkaitan penulisan dan penerbitan kepada fasilitator.
Secara keseluruhannya, program ini telah berjaya dilaksanakan bagi membantu para peserta secara amnya dan para pensyarah secara khusus dalam membimbing bagi menghasilkan penulisan jurnal hasil keluaran pelajar projek tahun akhir sekaligus menyemarakkan pemetaan KPI universiti bagi tahun 2021.