MACHANG, 25 November – Persatuan Sukan Kebajikan & Kakitangan (PSKK) UiTM Cawangan Kelantan diketuai oleh Presiden PSKK UiTM Cawangan Kelantan iaitu Prof. Madya Dr. Syerina Azlin Md Nasir telah mengadakan Program PSKK Sports & Fun Day 2024 pada 20 November 2024. Program dimulakan dengan aktiviti Funrobik dan seterusnya aktiviti sukan memanah, mini olahraga seperti rejam lembing, lontar peluru, larian 50 meter, petanque challenge, timbang capteh, volleyball digging, penalty futsal, penalty bola jaring, dan juga Rewang BBQ. Program ini adalah insiatif PSKK UiTM Cawangan Kelantan untuk para ahli yang dianggotai oleh warga kerja kampus Machang dan Kota Bharu.
Program ‘PSKK Sports & Fun Day’ merupakan satu program yang dirancang dan dilaksanakan bertujuan beriadah bersama ahli PSKK UiTM Cawangan Kelantan dengan matlamat utama untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim sesama ahli. Aktiviti ini juga menyokong kesejahteraan mental serta fizikal bagi semua peserta dan meningkatkan Indeks Keceriaan staf melalui suasana yang penuh keceriaan. Tambahan pula, aktiviti yang menyeronokkan ini dapat menghiburkan serta menyumbang kepada suasana positif di tempat kerja. Semoga aktiviti yang bermanfaat seperti ini dapat diteruskan lagi pada masa hadapan demi kebaikan bersama di UiTM Cawangan Kelantan.