Promosi Program PPT – SMK Datuk Hj Abdul Samad

15 Jun 2021 (Selasa)- Program ini merupakan inisiatif daripada Kaunselor sekolah iaitu En. Haziq Azree bin Yazid yang telah menjemput Koordinator PPT UiTM Cawangan Negeri Sembilan untuk memberikan taklimat peluang pendidikan khususnya di peringkat pra diploma kepada lepasan SPM 2020 SMK Datuk Haji Abdul Samad. Program ini telah diadakan secara atas talian melalui pelantar Google Meet.