Projek Kumpulan ECM366 dalam Meningkatkan Pengetahuan dan Kemahiran Kejuruteraan.

Bagi salah satu penilaian wajib yang harus disiapkan oleh pelajar bagi menyumbang kepada markah kerja khusus subjek ialah “Penilaian Kos untuk Lukisan Struktur Bangunan Satu Tingkat” bagi kursus Engineering Quantities & Estimation (ECM366).

Satu proses penilaian yang sistematik dan boleh dipercayai bagi lukisan struktur dalam bidang kejuruteraan awam dibangunkan bagi meningkatkan ketepatan anggaran kos bagi bahan kejuruteraan. Fokus utama adalah menilai lukisan struktur bangunan satu tingkat dalam konteks pelaksanaan projek sebenar dalam amalan kejuruteraan awam. Matlamat projek ini adalah untuk menguruskan set reka bentuk struktur pada bangunan satu tingkat atau hanya tingkat bawah bangunan yang terdiri daripada tingkat kedua. Lukisan ini akan berperanan sebagai asas untuk menganalisis kos bahan pembinaan dan perancangan pengurusan untuk pembinaan bangunan

Setiap kumpulan perlu mencari lukisan struktur yang lengkap yang harus merangkumi susunan dan perincian struktur, serta penyediaan lembaran pelepasan untuk menganggarkan jumlah bahan yang diperlukan untuk menyiapkan pembinaan projek.  Sejajar dengan kehendak Program Outcame EC110, setiap kumpulan dikehendaki menghasilkan prototaip menggunakan item kitar semula dan skala yang sesuai, sebagai langkah untuk mengaplikasikan konsep kejuruteraan yang dipelajari. Penggunaan aplikasi Microsoft Project diwajibkan dalam kerja kursus ini dalam merancang jadual projek dan anggaran masa yang diperlukan untuk menyiapkan projek, serta kos pekerja dan jentera. 

Gambarajah di sebelah merupakan protataip struktur asas tapak yang telah disiapkan oleh salah satu kumpulan pelajar, dan kumpulan ini telah memenangi anugerah prototaip yag paling kemas dan bertepatan dengan kehendak soalan. Secara keseluruhan Kerja Kursus Projek ini dilihat memberi kebaikan kepada para pelajar. Projek ini melibatkan kerjasama kumpulan, yang membantu dalam pembangunan kemahiran kerjasama, komunikasi, dan kepimpinan di kalangan pelajar. Mereka belajar untuk bekerjasama sebagai satu pasukan untuk mencapai matlamat projek. Pelajar juga memperoleh pengetahuan praktikal tentang proses pengukuran kuantiti, penilaian kos, dan pengurusan projek dalam konteks kejuruteraan awam. Ini membantu mereka menjadi lebih kompeten dalam bidang mereka selepas tamat pengajian dan membolehkan pensyarah menilai kefahaman dan kemahiran pelajar secara holistik dalam pengukuran kuantiti, penilaian kos, dan pengurusan projek.