Projek Inovasi Resident Studio – Staf Residen Kolej (SRK) UiTM Cawangan Sabah

KOTA KINABALU – Projek Inovasi Resident Studio (RS) merupakan initiatif pembudayaan digital kampus UiTM Cawangan Sabah ke arah Kelestarian Kampus. Projek ini tercetus bermula dari penularan wabak yang melanda dunia baru baru ini. Pandemik COVID-19 benar-benar menguji kepemimpinan organisasi dalam pelbagai sektor bukan sahaja di Malaysia malahan dihadapi oleh seantero dunia yang menyumbang kepada impak jangka panjang dan semestinya sangat mencabar. Berikutan pandemik yang memakan masa dan tempoh yang agak panjang telah menyebabkan penyampaian perkhidmatan ilmu tidak dapat dilaksanakan secara menyeluruh kepada para pelajar. Capaian maklumat dan aktiviti pembangunan pelajar tidak dapat disebarluas secara menyeluruh atas pelbagai faktor terutamanya keberadaan dan kemasukan pelajar ke dalam kampus.

Staf Residen Kolej UiTM Cawangan Sabah telah mengambil langkah proaktif dalam mencari kaedah yang paling sesuai dalam penyampaian perkhidmatan yang lebih baik melalui pengubahsuaian dan penambahbaikan platform penyampaian maklumat dan aktiviti pembangunan pelajar. Ia adalah hasil cetusan dan garapan idea-idea yang kreatif dan inovatif dalam proses kerja Staf Residen Kolej yang dapat meningkatkan kualiti dan produktiviti UiTM secara amnya.

Projek Inovasi Resident Studio (RS) merupakan initiatif oleh Staf Residen Kolej (SRK) dengan kerjasama Unit Kolej Kediaman dan Pengurusan Kanan UiTM Cawangan Sabah. Platform ini ditubuhkan bagi menyelesaikan cabaran komunikasi, penyampaian maklumat dan pembangunan pelajar.

Projek Inovasi Resident Studio (RS) ini menyediakan kemudahan siaran (streaming) termasuk green screen kepada warga Kolej Kediaman UiTM Cawangan Sabah yang ingin mengadakan program melibatkan siaran secara atas talian serta menyediakan segment mengikut hari dan masa yang telah dijadualkan. Antara segmen yang dikendalikan secara LIVE di FB adalah:


a. ‘Radio Online: Santai Malam bersama DJ Roy’

b. ‘Mari Mengaji’ bersama Ustaz Fazri

c. ‘Info Kampus’ bersama Azry John & Tetamu Jemputan


d. Soal Jawab Agama bersama Ustaz Asley/Ustazah Majidah

e. Aktiviti Pelajar dan SRK Staf Residen Kolej UiTM Cawangan Sabah


f. Segmen Selami Jiwa bersama Norayati Nordin & Tetamu Jemputan


g. Segmen Keusahawanan bersama Encik Surail Abd Kahar & Tetamu Jemputan


h. Sharing is Caring bersama Puan Nurul