Program “Weight Loss Challenge” bersama NGO

PULAU PINANG 20 Julai 2019 – Aktiviti senamrobik dan yoga sempena Program “Weight Loss Challenge” anjuran Wanita IKRAM Pulau Pinang Kawasan Barat Daya, telah berlangsung dengan jayanya buat kali kedua di Teluk Kumbar.

Program “Weight Loss Challenge” ini merupakan program berterusan mulai bulan Mei sehingga Disember 2019, adalah inisiatif yang diambil oleh pihak Wanita IKRAM dalam mempromosikan gaya hidup sihat dan mengurangkan tahap obesiti di Malaysia.

Sehubungan dengan itu, salah seorang staf akademik Fakulti Farmasi, UiTM Cawangan Pulau Pinang (Kampus Bertam), Puan Wan Nordini Hasnor Wan Ismail telah dijemput untuk sama-sama menyertai program ini sebagai penasihat pemakanan dan jurulatih senamrobik/yoga.

0
0