Program UiTM Prihatin – Food Bank YaPEIM 2.0

YB Dato’ Dr. Noraini Ahmad, Menteri Pengajian Tinggi telah melancarkan Program UiTM Prihatin pada 24 September 2020 yang lalu. Bagi meneruskan program tersebut, UiTM Cawangan Selangor telah membuat inisiatif membantu pelajar yang tinggal di kolej di musim PKP dan PKBB . Program ini telah mendapat tajaan sumbangan berupa makanan kering daripada Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) yang bernilai RM8000 secara keseluruhan dan diedarkan kepada 100 orang pelajar UiTM  Cawangan Selangor.

Projek ini melibatkan 31 orang pelajar Pra Pengajian Tinggi (PPT Atlet) di Kolej Delima UiTM Shah Alam dan 69 orang pelajar dari Kolej Seroja UiTM Puncak Alam . Sumbangan ini telah diserahkan sebanyak 5 kali (10 bungkus seorang) kepada para pelajar yang berada di kolej semasa sesi perkuliahan secara atas talian (online) berlangsung. Majlis penyerahan sumbangan ini melibatkan wakil UiTM iaitu Dr Nursaadatun Nisak Ahmad (Koordinator PPT Atlet) dan Che Nor Azila binti Che Ghani wakil dari YPEIM. Sumbangan ini amat bermakna kepada para pelajar yang menetap di kolej pada musim PKPB dan PKP ini. Terima Kasih YaPEIM atas kesudian membantu pelajar UiTM yang memerlukan ini.