LINGGI, 10 Januari 2025 – Program “Treescape Revival: Mangrove Conservation” merupakan progam yang dijalankan di bawah kod kursus EVA515 (Environmental Regulations and Advocacy) bertempat di Pangkalan Nelayan Sungai Timun, Linggi pada 10 Januari 2025. Program ini dikendalikan sepenuhnya oleh pelajar semester 4 Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran
Alam Sekitar (BEVA) dengan kerjasama Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS) bagi memenuhi keperluan SULAM (Service Learning Malaysia) bagi kod kursus tersebut. Seramai 45 orang pelajar Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Alam Sekitar semester 4 telah menjayakan program ini di bawah pantauan Dr. Devika Krishnan selaku Penasihat Program.
Program ini dilaksanakan bukan sahaja bagi memenuhi keperluan kursus tetapi ianya untuk mendedahkan kepada pelajar tentang kepentingan pemuliharaan ekosistem paya bakau serta implikasinya terhadap alam sekitar. Sesi perkongsian daripada pihak Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS) juga telah menambahkan lagi pengetahuan para pelajar seperti jenis-jenis
pokok paya bakau seperti Bakau Minyak (Rhizophora Apiculata) dan Bakau Kurap (Rhizophora Mucronata), tumbuhan seperti Pokok Berembang (Sonneratia Caseolaris) serta hidupan liar
yang terdapat di hutan paya bakau tersebut. Aktiviti yang dirancang jelas memberi impak positif yang besar terhadap pelajar-pelajar yang menyertai program ini.
Program ini juga menyokong Matlamat Pembangunan Mampan (SDG), terutamanya dalam aspek tindakan terhadap perubahan iklim (SDG 13), pemuliharaan biodiversiti marin (SDG 14),
dan pengurusan lestari ekosistem di daratan (SDG 15). Perkara ini perlu ditekankan agar para pelajar dapat mengetahui kepentingan tindakan kolektif untuk melindungi alam sekitar. Dengan
pemahaman dan kesedaran yang lebih mendalam, pelajar dapat menjadi pemangkin perubahan ke arah pembangunan yang lebih mampan dan lestari.
Menurut ahli MNS, beliau berkata ekosistem paya bakau di kawasan Pangkalan Nelayan Sungai Linggi ini perlu terus dipelihara. Hal ini kerana kawasan di situ menghadapi masalah utama iaitu
banjir yang berlaku setiap tahun. Beliau menjelaskan bahawa mendapan yang berlaku disebabkan oleh banjir telah menimbus sumber makanan utama bagi larva keli-kelip iaitu siput-siput kecil (Cyclotropis Carinata) yang hidup di atas tanah.
Dengan penganjuran program seperti “Treescape Revival: Mangrove Conservation”, Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi (FSPPP) UiTM Kampus Seremban memperlihatkan komitmennya dalam mendidik pelajar menjadi pemimpin yang peka terhadap isu-isu alam sekitar. Program ini bukan sahaja memberi impak positif terhadap komuniti dan alam sekitar, tetapi jua memperkutkan nilai-nilai pemeliharaan alam yang selaras dengan Matlamat Pembanguna Mampan (SDG).
Penulis bersama : Muhammad Luqman Ahmad, Devika Krishnan