Program Taklimat Pelarasan Takwim & Perkongsian Pengurusan Emosi

Pihak Jabatan Projek Khas & Pembangunan Perniagaan di bawah Projek empowerNCER Akademik 2021 telah mengadakan satu sesi siaran langsung Program Taklimat Pelarasan Takwin dan Perkongsian Pengurusan Emosi pada 23 Mei 2021 (Ahad).

Program ini telah disertai oleh Pegawai Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kedah & Perlis, Pegawai Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) serta guru-guru empowerNCER Akademik yang terpilih. Taklimat Pelarasan Takwim telah disampaikan Encik Ahmad Ashraff Sany bin Mohd Hassany (Pengurus Projek) dan Pengurusan Emosi telah disampaikan oleh penceramah jemputan Encik Iman Hafeez Mukhatar (Pegawai Psikologi)

Objektif program ini adalah unutk memberi penerangan kepada guru-guru empowerNCER berkaitan pelaksanaan sepanjang tahun 2021. Selain itu, melalui Perkongsian Pengurusan Emosi juga dapat memberi sedikit ilmu pengetahuan kepada guru-guru empowerNCER tentang bagaimana cara dan kaedah untuk mereka mengawal emosi berdasarkan situasi yang dihadapi sekarang.