Program Tag Trees, Stay Green menghargai Persekitaran Kampus Hijau  

Pelancaran Program “Tag Trees, Stay Green” disempurnakan oleh YBhg. Profesor Emeritus Ir. Dr. Mohd Azraai Kassim, Naib Canselor Universiti Teknologi MARA (UiTM)

15 November 2019 – Shah Alam – Majlis Perasmian dan Pelancaran Program “Tag Trees, Stay Green” telah diadakan di Pintu Masuk Utama UiTM Shah Alam, Selangor.  Majlis tersebut telah disempurnakan oleh YBhg. Profesor Emeritus Ir. Dr. Mohd Azraai Kassim, Naib Canselor Universiti Teknologi MARA (UiTM),  disaksikan oleh ahli-ahli Pengurusan Kanan UiTM.

Pelaksanaan Program “Tag Trees, Stay Green” ini diterajui oleh Jawatankuasa Kelestarian UiTM yang diketuai oleh Profesor Dr. Zakiah Ahmad juga selaku Dekan Fakulti Kejuruteraan Awam, UiTM dan pihak Non Resident UiTM Shah Alam sebagai penganjur bersama.

Program ini merupakan satu usaha yang dirangka oleh Jawatankuasa Kelestarian UiTM dengan kerjasama dari persatuan pelajar geomatik (GEOMASS) dari Fakulti Senibina, Perancangan dan Ukur  bagi memberi kesedaran kepada warga UiTM akan pentingnya menghargai persekitaran kampus yang menghijau.  

Seramai 150 orang pelajar UiTM Shah Alam telah menyertai program ini yang terdiri daripada 15 buah fakulti yang rata-ratanya amat berminat untuk mewujudkan suasana kampus yang kondusif berkonsepkan kehijauan. Tambahan lagi, idea program ini yang menggunapakai kaedah “explore race” juga telah menarik minat para peserta di mana mereka perlu mencari dan menanda pokok- pokok di sekitar UiTM Shah Alam bermula dari pintu masuk utama sehingga ke Kompleks Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah.

Inisiatif pelaksanaan program ini adalah berkonsepkan pembangunan lestari bagi mewujudkan persekitaran kampus yang kondusif berasaskan kehijauan di samping memupuk semangat pemeliharaan alam sekitar dalam kalangan pelajar dan komuniti kampus UiTM.

Foto berkaitan:

Oleh: Dr Nur Kamaliah Mustaffa

 

0
0