Program Tadarus Al-Quran dan KPPIM Daily Insights

Pada bulan Mac 2024 yang lepas, pihak Sekretariat Mahasiswa Kolej Pengajian Perkomputeran, Informatik & Matematik bersama pejabat HEP KPPIM telah menganjurkan program pengisian Ramadan iaitu Program Tadarus Al-Quran dan KPPIM Daily Insights secara dalam talian. Program ini antaranya bertujuan untuk memanfaatkan bulan Ramadan dengan aktiviti-aktiviti keagamaan. Selain itu, program ini bertujuan untuk memberi peluang kepada pelajar  meluangkan masa dengan membaca Al-Quran di samping kesibukan mengejar ilmu duniawi.

Program Tadarus Al-Quran KPPIM ini telah berlangsung selama enam hari bermula pada 21 Mac 2024 sehingga 5 April 2024 Program ini bukan sahaja disertai oleh seramai 102 peserta yang terdiri daripada pelajar dan pensyarah UiTM Shah Alam dan Kampus Puncak Perdana. Peserta-peserta ini dibahagikan kepada tujuh kumpulan dimana setiap kumpulan diketuai oleh huffaz yang dilantik oleh pihak UiTM. Huffaz-huffaz yang dilantik ini adalah daripada kalangan pelajar berperanan memantau bacaan dan tajwid peserta-peserta tadarus serta setiap kumpulan  Setiap kumpulan telah berjaya membaca sejumlah 5 juzuk sepanjang program ini berlangsung.

Pada 26hb April 2024, Program Tadarus Al-Quran KPPIM ini diakhiri dengan majlis apresiasi bagi peserta-peserta yang memberikan komitmen sepanjang program ini berlangsung. Majlis apresiasi ini berlangsung secara serentak dengan program Riang Ria Minal Aidin Wal-Faizin. Setiap peserta diberikan sijil penghargaan dan cenderamata oleh Profesor Ts Dr Haryani Haron, Penolong Naib Canselor KPPIM.