PULAU CAREY, 27 JUN 2024 – Pada 27 Jun 2024, seramai 30 orang pelajar Pengajian Kejuruteraan Kimia, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam bawah bimbingan Penasihat Program iaitu Ir. Normadyzah binti Ahmad telah berjaya menganjurkan program “ Waste To Wealth “ di SK Sungai Bumbun (A). Program yang melibatkan seramai 160 Orang Murid dari tahun 1 hingga tahun 6 yang bertujuan untuk menarik minat mereka terhadap alam sekitar dengan memberi pendedahan awal kepada mereka mengenai ilmu tersebut. Program Waste to Wealth adalah sebuah program di bawah kategori SULAM yang meruapakan tugasan wajib dilaksanakan dibawah mata pelajaran Leadership and Professional Ethics for Engineers.
Objektif utama pelaksanaan program ini adalah untuk meningkatkan pengetahuan, sikap, dan amalan pelajar pelajar sekolah rendah terhadap pengendalian sisa dan mendedahkan mereka kepada sisa elektronik dan pelumpusan am yang betul. Selain itu, pelbagai aktiviti menarik yang berkonsepkan inovasi, kreativiti dan permainan. Melalui aktiviti-aktiviti ini, para pelajar dapat mempraktikkan ilmu pengetahuan yang berasaskan kitar semula dalam kehidupan seharian supaya mereka dapat menyelesaikan masalah secara kritis dan inovatif serta memperoleh platform untuk perbincangan dan pengkongsian pengalaman berharga daripada pensyarah dna pelajar universiti dalam bidang kitar semula.
Salah satu aktiviti yang paling mendapat perhatian dalam program waste to wealth ini adakah dikenali dengan nama seedball warrior. Aktiviti ini merupakan sebuah permainan di mana ianya berkaitan dengan ilmu kitar semula. Aktiviti ini merupakan sebuah aktiviti di mana pelajar-pelajar SK Sungai Bumbun(A) mendapat pengalaman membuat seedball mereka sendiri . Para pelajar dibahagikan kepada 6 kumpulan mengikut tahun bermula dari tahun 1 sehingga tahun 6 dan setiap kumpulan diberi masa 20 minit sahaja untuk melawat setiap booth yang disediakan. Melalui aktiviti ini, para pelajar dapat memahami ilmu kitar semula dengan lebih mendalam dan belajar tentang kepentingan kitar semula dalam kehidupan seharian. Selain itu, para pelajar dapat berkomunikasi dan bekerjasama antara satu sama lain dalam mencari solusi terbaik bagi setiap permasalahan yang diajukan. Pemikiran kreatif dan kritis membolehkan mereka mengharungi aktiviti ini dengan cemerlang.
Pelaksanaan program ini juga memupuk semangat saling bantu membantu sesama pelajar dengan memberikan sepenuh usaha terhadap aktiviti yang dijalankan. Hal ini kerana, aktiviti yang dijalankan adalah secara berkumpulan dan melalui masa yang ditetapkan. Dengan ini, mereka dapat bantu antara satu sama lain demi menghabiskan tugasan yang diberikan oleh setiap booth waste to wealth. Di samping itu, program ini juga menyediakan platform untuk mengasah bakat dan daya pemikiran kritis setiap pelajar. Akhir sekali pelajar dapat memperoleh informasi mengenai kitar semula melalui Education Talk yang disampaikan melalui video yang dibuat khususnya untuk pelajar SK Sungai Bumbun(A) dan yang disampaikan oleh Encik Zafani bin Yaacob, Pegawai Penyiasat Jabatan Alam Sekitar Malaysia. Dengan ini pelajar dapat memahami cara-cara dan kepentingan kitar semula untuk masa hadapan.
Selepas kemuncak program Waste to Wealth, para pelajar SK Sungai Bumbun(A) diberikan kejutan oleh pelajar UiTM Shah Alam dengan memberikan mereka aiskrim yang dibuat khas oleh Biro tugas-tugas khas untuk pelajar SK Sungai Bumbun(A). Ini sebagai tanda penghargaan oleh kami selaku pelajar UiTM Shah Alam untuk pelajar SK Sungai Bumbun(A) kerana telah menyertai program yang dianjurkan. Program ini memberikan impak yang positif daripada pelajar SK Sungai Bumbun(A), antaranya ialah menimba ilmu pengetahun yang baru khususnya dalam bidang kitar semula serta memberi peluang kepada pelajar untuk mengenali antara satu sama lain. Malahan, pelajar juga memberikan respon yang baik terhadap program yang dianjurkan dengan memberikan maklum balas positif apabila mengisi form yang disediakan. Seterusnya, Penolong Kanan Pentadbiran jugak memberikan cadangan untuk melibatkan lebih ramai pelajar agar pelajar lain dapat menerokai pengalaman belajar yang diperoleh oleh mereka.