Dungun, Terengganu, 23 Jun 2024– Pelajar Kolej Pengajian Kejuruteraan (KPK) UiTM Shah Alam telah menjalinkan kerjasama bersama Sekolah Menengah Sains Dungun, Kuala Terengganu (SMSD) dalam program ‘GREEN GROWTH CULTIVATING CHANGE THROUGH CARBON PROGRAMS AND TREE PLANTING’ Kerjasama ini merupakan salah satu inisiatif program SULAM (Service Learning Malaysia-University for Society). Program ini telah dihadiri oleh murid sekolah berkenaan lebih kurang 42 orang pelajar bersama-sama 19 orang urusetia pelajar dan Penasihat Program iaitu Ir Normadyzah Binti Ahmad. Program ini telah berlangsung selama tiga hari, dua malam iaitu pada 21, 22 dan 23 Jun. Matlamat utama program ini adalah untuk mendedahkan serta menarik minat murid sekolah kepada ilmu sains dan teknologi khususnya berkenaan bidang ‘Oil and Gas’ serta mendedahkan kepentingan penjagaan alam sekitar. Dalam arus kepesatan teknologi masa kini, program seperti ini dilihat adalah sangat penting bagi menjamin generasi akan datang mampu mencipta teknologi yang mesra alam di samping membaik pulih dan memelihara alam semulajadi supaya bumi kekal sihat.
Program ini telah melibatkan seramai i 19 orang mahasiswa dan mahasiswi UiTM dari jurusan Sarjana Muda Kejuruteraan (Kepujian) Minyak dan Gas dari Pengajian Kejuruteraan Kimia yang merangka sebanyak 7 slot aktiviti, dan aktiviti tersebut telah dijalankan dengan jayanya. Slot pertama, iaitu (Sesi Ice Breaking) merupakan suatu aktiviti yang bertujuan untuk memupuk silaturrahim sesama pelajar dan urusetia disamping dapat melihat semangat kerjasama antara pelajar dalam menyelesaikan sebarang masalah. Seterusnya untuk slot kedua , pihak urusetia pelajar telah menyusun satu majlis perasmian melibatkan kerjasama sebanyak tujuh orang VIP dari badan-badan besar iaitu, Encik Che Mohd Yusri Bin Che Hashim. (Pengetua Sekolah Menengah Sains Dungun), Puan Meriam Binti Mamat (Naib Yang DiPertua Persatuan lbu Bapa dan Guru), Senior Engineer Rostam Abdul Ghani (Penceramah jemputan daripada wakil Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS)), Puan Nur Faezah Mohd Ali (Penceramah jemputan daripada wakil Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu), Encik Ahmad Faisal bin Ishtiyaq Ahmed (Pengarah jabatan landskap, Majlis Perbandaran Daerah Dungun, Terengganu), Encik Muhd Mauluddin Bin Jalil (Penolong Pegawai Pertanian (Pembangunan Industri ) Pejabat Pertanian Daerah Dungun, Terengganu) dan Ir Normadyzah Binti Ahmad, (Pensyarah UiTM Shah Alam dan Penasihat Program Green Growth). Dalam majlis perasmian ini merangkumi slot 2 (‘Talk Environment Care’, dari wakil Jabatan Alam Sekitar), (‘Talk Career’ dari wakil PETRONAS). Slot 3 (‘Open Session’ iaitu sesi bertukar pendapat dan pandangan antara para pelajar dan jemputan). Dan seterusnya, Slot 4 (Simbolik Penanaman Pokok dari Penolong Pegawai Pertanian (Pembangunan Industri) Pejabat Pertanian Daerah Dungun).
Selain itu, para peserta juga telah melibatkan diri dalam slot 5 dan 6, iaitu aktiviti STEM, pihak urusetia pelajar dari biro program iaitu saudari, Aida Najwa Khadijah Binti Mohak telah mengetuai pengendalian aktiviti STEM iaitu aktiviti ‘Oil and Gas Exposure (Rock Sedimentary and Oil Spill Clean Up)’ dan ‘Design, Build and Present Eco-friendly Drilling Platform Using Recycled Materials’ aktiviti ini melibatkan 42 orang pelajar yang dibahagi kepada 6 kumpulan dan setiap kumpulan dipantau oleh seorang fasi serta tiga orang pengadil. Daripada aktiviti ini, pelajar dapat mencungkil bakat dan kreativiti pelajar di samping dapat mengasah kemahiran berkomunikasi serta mendapat pendedahan berkenaan bidang minyak dan gas. Program ini dijalankan dalam bentuk pertandingan kerana hal ini dapat meningkatkan lagi semangat persaingan secara sihat antara para pelajar. Menurut salah seorang peserta program ini, adik Muhammad Amjad aktiviti STEM ini membuatkan dirinya lebih meminati bidang minyak dan gas dan ingin belajar bersungguh-sungguh supaya dapat melanjutkan pelajaran dalam bidang ini. Menurut pengarah program ini, saudara Muhammad Ammar Izzat Bin Azhar, program ini dilihat sangat membantu pelajar untuk lebih fokus dan bersungguh-sungguh dalam pembelajaran di samping membantu murid tingkatan 3 bagi memilih bidang yang mereka minati setelah menamatkan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) nanti, hal ini kerana program SULAM (Service Learning Malaysia-University for Society) 2023/2024 adalah salah satu inisiatif yang bermatlamatkan untuk memperkasa dan berkhidmat kepada maysrakat melalui aktiviti seperti ini. Menerusi program ini juga, mahasiswa dan mahasiswi diberi peluang untuk mengaplikasikan segala pengetahuan secara praktikal dan melihat bagaimana ilmu yang diperoleh mampu memastikan generasi akan datang menjadi generasi yang inovatif.
Seterusnya, bagi slot 7 (‘Seashore Clean’), dalam slot ini para urusetia pelajar dan penasihat program telah berkerjasama dengan NGO tempatan iaitu Geng Plastik Ija (GPI) untuk sama-sama melibatkan diri dalam aktiviti kesukarelawanan membersihkan Pantai Belakang Tanjung Jara, Kampung Kertas Pulas, daerah Dungun. Menurut Ketua NGO Geng Plastik Ija (GPI) Daerah Dungun, Encik Masdi@Aminuddin Bin Mohamad program ini adalah sebahagian daripada usaha berterusan pihak sukarelawan GPI untuk memelihara alam sekitar dan memastikan persekitaran ini kekal hijau dan bersih. “Kami berbangga dengan sokongan yang diberikan oleh para pelajar UiTM Shah Alam yang turut serta dalam program ini dan cara paling mudah untuk kita menjaga alam sekitar dengan hanya membuang sampah pada tempatnya, bumi kita ini akan terpelihara..,” katanya semasa program itu berlangsung. Sepanjang program berlangsung, sukarelawan yang terdiri daripada urusetia pelajar, penasihat program dan beberapa orang sukarelawan dari GPI berjaya mengumpulkan sebanyak 83kg sampah yang kebanyakannya terdiri daripada plastik dan bahan-bahan tidak terurai. Aktiviti ini bukan sahaja membersihkan pantai tetapi juga memberi kesedaran kepada pengunjung tentang kesan negatif pencemaran terhadap ekosistem marin. Program sepenuhnya disokong oleh Geng Plastik Ija (GPI) yang menyediakan bekalan logistik dan keselamatan sepanjang aktiviti berlangsung. Inisiatif ini mendapat pengiktirafan daripada penduduk setempat yang berharap agar lebih banyak program kesedaran alam sekitar dianjurkan untuk memastikan pantai-pantai di Terengganu kekal bersih dan indah.