Program Sukarelawan Kacau Bubur Lambuk dan Malis Berbuka Puasa di UiTM Kampus Kuala Pilah

Program Sukarelawan "Kacau Bubur Lambuk dan Malis Berbuka Puasa " anjuran Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UiTM Cawangan Negeri Sembilan Kampus Kuala Pilah

Kuala Pilah, Mei 20, 2019 – Satu Program Sukarelawan “Kacau Bubur Lambuk dan Malis Berbuka Puasa ” anjuran Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UiTM Cawangan Negeri Sembilan Kampus Kuala Pilah telah diadakan untuk mengeratkan hubungan antara mahasiswa dan masyarakat sekitar.

Program ini yang melibatkan 30 orang sukarelawan ini bermula dari jam 9 pagi dan tamat pada 11 malam itu, telah berjaya memuatkan aktiviti seperti memasak bubur lambuk, bergotong-royong, mengedar bubur lambuk, berbuka bersama masyarakat dan juga solat terawih berjemaah

Program ini memberi tumpuan kepada para mahasiswa untuk memupuk semangat kesukarelawan, berkomunikasi dengan masyarakat sekitar sekaligus mengeratkan ukhwah antara masyarakat dan mahasiswa.

Program ini telah dibahagikan  kepada dua kumpulan iaitu kumpulan gotong royong dan kumpulan memasak bubur lambuk. Aktiviti memasak bubur lambuk untuk 600 orang telah berjaya disiapkan dan diedarkan disekitar kawasan Bazar Ramadan, Rumah Anak Yatim dan penduduk di sekitar masjid.

“Saya harap program ini bukanlah sekadar permulaan dan penamat, kami pihak masjid sangat mengalu-alukan untuk UiTM menjalankan program di masjid agar hubungan dua hala ini dapat di dijalin dengan baik” kata Pegawai Eksekutif Masjid Jame’ Yamtu Raden, Tuan Hj Hazmi Bin Abdul Kadir.

Beliau berkata ketika majlis penutup program tersebut yang disertai oleh semua sukarelawan yang terlibat dan juga barisan pegawai-pegawai masjid. Majlis tersebut ditutup dengan acara bergambar sebagai kenangan. Sebelum pulang ke UiTM, semua sukarelawan sempat beramah mesra bersama masyarakat apabila mereka menikmati hidangan moreh bersama.

Sementara itu Penasihat Program ini iaitu Dr Nurul Auni Binti Zainal Abidin berkata, “saya amat mengharapkan program ini menjadi program tradisi oleh Majlis Perwakilan Pelajar pada setiap bulan Ramadhan pada tahun-tahun mendatang”

Akhirnya, kami dari pihak mpp ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak masjid dan juga para sukarelawan yang terlibat. Sedikit pesanan daripada pengarah program, Nurul Anis bt Mahmood berkata, “ pesanan saya kepada semua.

Teruslah berbuat kebaikan. Kerana kita tidak tahu, kebaikan yang mana yang Allah pandang dalam diri kita, jadi buatlah kebaikan tanpa sebab. Harapan saya agar program ini dapat diteruskan lagi dimasa2 akan datang supaya sikap untuk berbakti kepada masyarakat dapat terus diterapkan dalam diri setiap mahasiswa”.

Foto berkaitan:

1
0