Universiti
Pusat Pengajian Kejuruteraan Awam telah mengadakan program Student Improvement Learning – ‘Bengkel Pemantapan Asas Struktur ’ untuk pelajar yang mendaftar subjek ECS248 (Basic Structural Analysis) pada 16 Desember 2023 secara bersemuka dan seramai 77 orang pelajar telah terlibat.
Program ini diadakan bertujuan untuk melatih pelajar yang lemah ilmu asas struktur secara intensif, meningkatkan kefahaman pelajar tentang subjek yang diambil serta mengurangkan bilangan pelajar gagal untuk subjek tersebut.
Dalam menjayakan program ini, seramai enam (6) orang fasilitator telah dilantik bagi membimbing pelajar mengikut kumpulan yang telah ditetapkan secara lebih dekat. Fasilatator terlibat adalah Dr. Nurul Faiizin Binti Abdul Aziz, Dr. Maslina Binti Mohsan, Ts. Dr Jamilah Binti Abd. Rahim, Dr. Fadhluhartini Binti Hj Muftah, Dr Nur Azzimah Binti Zamri dan En. Mohd Risham Bin Jaafar.
Bengkel pemantapan asas struktur ini terbahagi kepada tiga sesi, di mana sesi pertama bermula pada 8.00pagi hingga 10.00pagi, sesi kedua bermula pada 10.30pagi hingga 12.30 tengahari dan sesi ketiga 2.00petang sehingga 5.00ptg. Sesi berikut adalah :
Sesi 1 – Kelas Pemantapan Asas Struktur ‘Beam’
Sesi 2 – Kelas Pemantapan Asas Struktur ‘Cable dan Arch’
Sesi 3 – Kelas Pemantapan Asas Struktur ‘Frame dan Truss’
Melalui bengkel ini, pensyarah telah memberi tunjuk ajar secara komprehensif iaitu, merangkumi pengungkuhan ilmu asas dalam menganalisa struktur seperti ‘Beam’, ‘Cable’, ‘Arch’, ‘Portal Frame’ dan ‘Trusses’, serta teknik menjawap soalan peperiksaan akhir, supaya pelajar yang terlibat akan lebih bersedia menduduki peperiksaan Febuari 2024 akan datang.
Pelajar juga terlibat dalam hands-on bagi mengira dan meyelesaiakan masalah berkaitan topik dalam yang terpilih. Seterusnya, program ini juga dapat menanam semangat tidak putus asa dikalangan pelajar untuk lulus dalam peperiksaan yang akan datang.
Sebagai kesimpulannya, program ini telah berjaya mencapai objektif utama iaitu memberikan kefaham kepada pelajar berkaitan dengan strustur asas secara jelas dan terperinci.