Program Science-English Fair Pelajar Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih

Kuala Lumpur – 23 Julai 2019: Persatuan Pascasiswazah Fakulti Kejuruteraan Kimia (FKK) UiTM Shah Alam dengan jayanya telah menganjurkan Program Khidmat Masyarakat di Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih (SBJK) Kuala Lumpur melalui program Science-English Fair.

Peserta program terdiri seramai 80 orang pelajar daripada peringkat rendah sehingga ke peringkat menengah.   Seramai 27 orang sukarelawan terdiri daripada Pelbagai fakulti dan pelajar antarabangsa turut memeriahkan lagi program ini.

Tema “Let’s Discover the Mystery of Science” telah dipilih bagi merealisasikan tujuan utama program ini iaitu untuk mendekati kanak-kanak yang kurang bernasib baik di sekitar Kuala Lumpur di samping meningkatkan kesedaran dalam minat kepada bidang Sains dan Bahasa Inggeris.

Menurut Saudari Afiqah Anuwar, selaku pengarah program berkata, “Kami sangat bersyukur dan berterima kasih atas sokongan yang tidak berbelah bahagi daripada semua pihak dalam menjayakan program ini terutamanya kepada semua yang terlibat menyumbang semasa kami mengadakan crowd funding.

Jumlah sumbangan yang berjaya dikumpul adalah sebanyak RM5,491.30. Sumbangan ini telah disalurkan kepada pelajar SBJK melalui pemberian pek sumbangan yang mengandungi beg galas, bekas minuman dan hand sanitizer.

Selain itu, pihak SBJK juga telah menerima sumbangan tikar getah bagi kegunaan dewan sekolah. Setinggi-tinggi penghargaan juga kami ucapkan kepada Syarikat Brainius dan Syarikat Permainan Malaysia (SPM) kerana sudi menjadi sebahagian daripada penyumbang bagi pemberian educational toys untuk tujuan pembinaan toys corner di sekolah ini.

1
0