DENGKIL, 30 Mei 2024 – Sejajar degan ucapan Amanat Naib Canselor 2024, 6 Tonggak yang akan menjayakan objektif perancangan strategik 2024 adalah menjadikan warga akademik, staf bukan akademik, staf pelaksana, dan pelajar yang diiktiraf dunia; memastikan Universiti terlibat secara aktif bersama industri, komuniti dan pihak berkuasa/ agensi kerajaan; serta kebersamaan alumni terlibat bergerak aktif bersama universiti. Unit Biologi Pusat ASASI Dengkil telah berjaya menganjurkan Program School Outreach: Health & Awareness bersama pelajar-pelajar Maahad Intergrasi Tahfiz Selangor (MITS), Bagan Lalang. Program tersebut telah berlansung pada 20 April 2024 dengan penglibatan 10 pensyarah, 20 pelajar Asasi Sains dan 250 pelajar MITS.
Sejak awal penubuhannya, UiTM Dengkil melalui BHEP & ICAN aktif melaksanakan pelbagai program komuniti. Antara kumpulan sasar yang telah mendapat manfaatnya adalah komuniti Orang Asli, komuniti OKU dan institusi pendidikan sekitar kampus. Pada kali ini, fokus program komuniti bersasar dikembangkan kepada golongan remaja khususnya dikalangan pelajar sekolah menengah di Selangor. Program ini dijayakan dengan kerjasama Unit ICAN bagi menjayakan Sasaran Kerja Tahunan bagi Unit ICAN (PI079- program bersama komuniti).
Remaja diperingkat sekolah perlu diberi pendidikan dan kesedaran tentang kesihatan sistem pembiakan dan pernafasan agar dapat menjaga kesihatannya dengan lebih baik. Ini adalah kerana sistem pembiakan dan sistem pernafasan merupakan antara sistem paling penting dalam tubuh manusia yang perlu dijaga dengan baik bagi kelangsungan hidup manusia. Dua topik ini merupakan pilihan utama memandangkan peningkatan kadar HIV, penyakit kelamin, kehamilan, pembuangan bayi, penggunaan rokok elektrik dan gejala sosial seperti merokok di kalangan remaja dalam komuniti sekitar. Dengan tenaga kepakaran yang ada di kalangan pensyarah Biologi, UiTM Dengkil, para pensyarah ini komited untuk membantu dan berkongsi ilmu dalam memastikan kelestarian masyarakat sekitar.
Objektif utama program ini adalah sebahagian usaha kerjasama antara Pusat Asasi dan sekolah dalam ‘Knowledge Transfer Program’ (KTP) kepada komuniti pelajar sekolah. Selain daripada memupuk kesedaran di kalangan para pelajar sekolah menengah mengenai isu kesihatan sejagat terutamanya melibatkan sistem penafasan dan sistem pembiakan antaranya kesan buruk merokok, penggunaan rokok elektronik dan juga pendidikan seksual di kalangan remaja sekolah. UiTM Dengkil dengan kepakaran sedia ada mengambil langkah drastik dengan menganjurkan projek komuniti yang lebih bersifat bersasar secara percuma namun masih mampu memberi impak jangka panjang kepada komuniti khususnya.
Penulis bersama : Dr. Masitah Abu Kassim, Dr. Tengku Norbaya Tengku Azhar & Norhafizah Mohd Zazi