Program Scholar Talk Series Anjuran Akademi Pengajian Bahasa (APB) UiTM Cawangan Perlis Mendapat Sambutan Yang Menggalakkan

Akademi Pengajian Bahasa, UiTM Cawangan Perlis telah berjaya menganjurkan program Scholar Talk Series. Program ini diadakan pada setiap hari Jumaat, 3pm hingga 4pm sepanjang bulan Mac. Program ini bertujuan untuk meningkatkan kefahaman dan keupayaan para pensyarah dan pelajar pascasiswazah Akademi Pengajian Bahasa dalam penulisan artikel jurnal yang berkualiti. Program ini telah diadakan secara maya menggunakan platform Webex. Penulis-penulis artikel jurnal yang berpengalaman dari Akademi Pengajian Bahasa, UiTM Cawangan Perlis telah dijemput sebagai penceramah untuk berkongsi pengalaman mereka mengenai penulisan sendiri dan membentangkan hasil bedah artikel terpilih dalam bidang Sains Sosial untuk dijadikan panduan kepada peserta program.

Siri webinar ini adalah seperti berikut:

1. Prof Madya Dr Naginder Kaur dengan tajuk Topic Selection & Paper Framework pada 4/3/2022.
2. Prof Madya Dr Mohamad Fadhili Yahaya dengan tajuk Literature Review & Paper Format pada
11/3/2022.
3. Dr. Norizul Azida Darus dengan tajuk Data Sources & Research Methods pada 18/3/2022.
4. Dr. Latisha Asmaak Shafie dengan tajuk Theoretical & Practical Nature of the Paper pada
25/3/2022.

Program ini bukan sahaja berjaya menarik penyertaan para pensyarah dari APB dan UiTM Cawangan Perlis sendiri, ahli akademik dari UiTM cawangan lain seperti cawangan Melaka, Semarahan, Negeri Sembilan, Terengganu, Sarawak, Perak, Shah Alam, Johor, Kota Kinabalu dan Kedah, malah turut disertai oleh pelajar pascasiswazah dari China. Seramai 54 orang peserta telah menyertai program kali ini dan memberi maklum balas yang positif terhadap pihak penganjur dan para penceramah.