Program Sarjana Muda Sains (Kepujian) Senibina Diikitiraf Penuh Oleh Lembaga Arkitek Malaysia

Susulan daripada Penilaian & Lawatan Akreditasi yang telah diadakan pada November 2021, program Sarjana Muda Sains (Kepujian) Senibina UiTM Cawangan Sarawak Kampus Samarahan telah mendapat pengiktirafan penuh oleh Lembaga Arkitek Malaysia.

Penilaian tersebut telah diketuai oleh Ar. Dato Dr Ku Azhar Ku Hassan dan dibantu oleh Dr Kamarul Afizi Kosman, Ar Norizan Daud and Dr Asrul Mahjuddin Ressang. Melalui pengiktirafan ini, para pelajar yang bergraduasi akan mempunyai kelayakan Professional Bahagian I sebagai Pembantu Arkitek.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua pihak yang terlibat terutamanya Koordinator, pensyarah dan para pelajar Pusat Pengajian Senibina, UiTM Cawangan Sarawak Kampus Samarahan.