Program Sangkutan Akademik Pelajar AS202 dari FSG UiTM Sarawak ke Universiti Brunei Darussalam

Gambar Bersama dengan Timbalan Dekan PAPRSB Institut Sains Kesihatan, Dr. Anne Cunningham KOTA SAMARAHAN,  6 OGOS 2019 (SELASA) : Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Sarawak telah menghantar 3 orang pelajar Ijazah Sarjana Muda  Kimia (AS202) mengikuti Program Sangkutan Akademik selama 5 minggu yang dilaksanakan bermula 29 Julai 2019 hingga 28 Ogos 2019 bertempat di Universiti Brunei Darussalam (UBD).

Program ini telah disertai oleh rombongan daripada UiTM Cawangan Sarawak Kampus Samarahan 2 yang terdiri daripada 3 orang pelajar Ijazah Sarjana Muda Kimia (AS202) tahun ketiga  (semester 5)  iaitu Muhammad Noor Habib bin Abdul Samad,  Siti Nur Aqilah binti Rosmat dan Eva Lizwina binti Matin dan diketuai oleh seorang pensyarah pengiring merangkap penyelia projek iaitu Professor Dr. Khong Heng Yen.

Lawatan ke Makmal-makmal dan Bilik-bilik Similasi di UBD

Rombongan telah berkesempatan untuk berjumpa dan beramah mesra bersama Timbalan Dekan PAPRSB Institut Sains Kesihatan, Universiti Brunei Darussalam (UBD),  Dr. Anne Cunningham serta beberapa pegawai kanan UBD, Senior Assistant Professor Dk Dr Nurolaini Pg Haji Muhd Kifli,  Assistant Profressor Dr. Rajan Rajabalaya, Dr Goh Poh Hui, Dr. Sheba David dan beberapa orang pensyarah  pada 30 Julai 2019 jam 8.30 pagi.

Pelajar-pelajar ini nanti akan menjalani latihan amali sepanjang 5 minggu di UBD yang diselia oleh pensyarah Assistant Professor Dr. Nurolaini Pg Haji Muhd Kifli dan Dr Goh Poh Hui serta staf-staf Bahagian Penyelidikan di Institusi tersebut.

Selain daripada mejalankan beberapa aktiviti penyelidikan, pelajar akan diberi peluang untuk melawat Pusat Penyelidikan Botani di UBD serta akan diberi peluang untuk menyertai projek komuniti yang dianjurkan oleh pelajar-pelajar daripada Fakulti Perubatan dan Fakulti Pergigian UBD.

Foto menarik sepanjang rombongan:

Penyampaian Cenderamata
Penyampaian Cenderamata
Lawatan ke bilik Similasi Pembedahan
Lawatan ke bilik Similasi Pembedahan
Lawatan ke Pusat Penyelidikan Botani, UBD
Lawatan ke Perpustakaan UBD
Taklimat berkenaan aktiviti Penyelidikan serta mempromosikan Summer Camp Programme UiTM Cawangan Sarawak
0
0