Program Rewang Sambutan Aidilfitri UiTM Cawangan Kelantan

MACHANG, 29 Disember – Program ini merupakan anjuran Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Cawangan Kelantan dengan Kerjasama Jawatankuasa Perwakilan Kolej dan Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP) pada 21 Mei 2022 bertempat di Dewan Professional UiTM Cawangan Kelantan. Tujuan program ini dilaksanakan bagi memberi peluang kepada pelajar untuk meraikan perayaan Aidilfitri dan sekaligus meningkatkan Happiness Index dalam kalangan pelajar dan staf. Program ini juga dilaksanakan bagi mencapai beberapa objektif yang telah disenaraikan seperti menyuntik semangat kesukarelawanan dalam kalangan pelajar, melahirkan pelajar yang kreatif serta mendidik dan memupuksemangat Kerjasama mahasiswa dalam menjayakan sesuatu program.

Program ini telah berlangsung pada jam 2:00 petang sehingga 5:00 petang. Program ini juga telah melibatkan sukarelawan pelajar seramai 200 orang bagi tujuan merewang menyiapkan hidangan makanan. Keunikan program ini yang cukup jelas membuktikan semangat sukarelawan dalam diri mahasiswa UiTM Cawangan Kelantan apabila semua hidangan yang dihidangkan kepada 2000 orang mahasiswa dimasak secara rewang. Hasil daripada rewang yang bermula pada 20 Mei ialah sebanyak 8 juadah dapat disediakan. Selain itu, program ini juga diserikan dengan pertandingan seperti Queen of The Day, King of the Day serta OOTD Raya yang dijalankan di platform Instagram meggunakan #UiTMKelantan. Ini sekaligus secara tidak langsung dapat mempromosikan nama cawangan serta menaikkan nama UiTM Cawangan Kelantan.