Puncak Alam, 12 Januari 2025 – Program Red Ribbon for Unity Run anjuran Kelab PROSIS UiTM Cawangan Selangor Kampus Puncak Alam dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Negeri Selangor dan Jawatankuasa Perwakilan Kolej Rafflesia, telah berjaya dijalankan dengan penglibatan seramai 355 orang peserta yang terdiri daripada pelajar, staf dan komuniti.
Program yang dirasmikan oleh YBrs. Profesor Dr Ahmad Taufek Abdul Rahman, Rektor UiTM Cawangan Selangor, dengan diiringi oleh Profesor Madya Dr Norazmir Md Nor, Timbalan Rektor Bahagian Hal Ehwal Pelajar UCS ini diadakan bertujuan memberi kesedaran tentang penyakit HIV / AIDS dalam kalangan warga UiTM sekaligus pengamalan gaya hidup sihat. Program ini juga merupakan tanda sokong kepada Sambutan Hari AIDS Sedunia yang disambut pada setiap 1 Disember.
Selain memupuk kesedaran kesihatan, program ini juga berjaya mengeratkan hubungan antara warga kampus dan komuniti setempat. Red Ribbon for Unity Run mendapat sambutan hangat daripada semua lapisan masyarakat, sekaligus mencerminkan komitmen UiTM dalam mendukung agenda kesihatan awam. Usaha sebegini diharapkan dapat diteruskan di masa hadapan untuk membentuk generasi yang lebih peka dan sihat.