Program ‘’Recycle For A Life Cycle’’ bantu Rapatkan Hubungan antara Institusi Awam dan Masyarakat

Program ‘’Recycle For A Life Cycle’’ bantu Rapatkan Hubungan antara Institusi Awam dan Masyarakat

8 November 2019 – Mahasiswa daripada Universiti Teknologi MARA (UiTM) seramai 12 orang yang terdiri daripada pelajar pemulihan cara kerja di bawah Fakulti Sains Kesihatan telah mengadakan program berkaitan alam sekitar yang bertajuk “Recycle For A life Cycle” pada 8 November 2019 yang lalu bertempat di Tadika Pasti Al Ikhwan Saujana Utama 2.

Program ini telah melibatkan 36 orang pelajar berumur 6 tahun dan ke bawah bertujuan sebagai dasar pengukur bagi para pelajar untuk mempelajari ilmu-ilmu penjagaan alam sekitar serta kepentingan kitar semula dan bagi mengukuhkan pengetahuan yang sedia ada.

Program ini juga diadakan untuk menyahut hasrat UiTM dalam merapatkan hubungan antara institusi awam dan masyarakat melalui program “outreach” seperti ini. Program ini diletakkan di bawah subjek “Wisdom Wednesday” dan memerlukan pelajar untuk berinteraksi bersama masyarakat.

Dalam pengisian program ini, para pelajar telah disajikan dengan slot ceramah berkaitan alam sekitar. Antara kandungan ceramah tersebut adalah berkaitan kepentingan menjaga alam sekitar dan konsep kitar semula serta cara mengendalikan barangan kitar semula.

Antara aktiviti menarik yang diselitkan adalah slot di mana pelajar perlu membawa barangan kitar semula dari rumah dan perlu meletakkan barang tersebut mengikut warna yang sesuai. Slot ini membantu pelajar memahami perbezaan warna bagi tong kitar semula serta mempraktikkanya di rumah kelak. Pelajar juga diberi peluang untuk belajar mengenai pembuatan baja menggunakan sisa makanan dan barangan organik yang terbuang.

Untuk memeriahkan lagi suasana, pelajar diberi peluang untuk membuat “ring toss” mereka dan menggunakan kreativiti mereka untuk mencantikkan “ring toss” buatan mereka dengan menggunakan bahan yang terbuang dan boleh dikitar semula.

Seterusnya sesi soal jawab bersama penceramah telah dijalankan bertujuan untuk menguji penumpuan para pelajar terhadap ceramah yang diberikan. Pelajar yang berjaya menjawab soalan diberikan hadiah berbentuk makanan.

Menurut ahli jawatankuasa program, Nur Nadia binti Mahhadi daripada pelajar pemulihan cara kerja,Fakulti Sains Kesihatan (FSK), program ini memberi impak kepada para pelajar untuk memupuk budaya kitar semula serta sayangkan alam dan perlu diteruskan lagi pada masa hadapan. Akhir sekali, sesi bergambar bersama guru guru dan pelajar Tadika Pasti Al Ikhwan telah dilakukan sebagai kenangan aktiviti dan penyampaian hamper kepada pihak sekolah telah dilakukan sebagai tanda penghargaan kepada mereka kerana membenarkan program ini dilakukan di tadika tersebut.

Oleh: Muhammad Adib Farazi, Pengarah Program Recycle For A Life Cycle, Fakulti Sains Kesihatan (FSK), UiTM Malaysia

0
0