KOLEJ PENGAJIAN ALAM BINA – Program Promosi dan kebolehpasaran pelajar bersama pihak industri (Berjaya Corporation Berhad) anjuran Kolej Pengajian Alam Bina telah diadakan pada 10hb November 2022 pada jam 10.00 pagi sehingga 1.00 petang di Dewan Platinum Kolej Melati secara fizikal dengan kehadiran pelajar melebihi 700 orang melibat pelajar UiTM Shah Alam dan UiTM Puncak Alam . Objektif program ini dilaksanakan adalah bertujuan untuk memberi peluang kepada para pelajar untuk meningkatkan nilai tambah serta mendapatkan ilmu berkenaan cabaran dan cara menangani cabaran graduan pada masa kini.
Selain itu, program ini juga dilaksanakan bertujuan membangunkan daya keintelektualan serta kemahiran insaniah pelajar agar mampu menjadi graduan yang berdaya saing serta berhemah tinggi selain dapat untuk mengeratkan silaturahim antara para pelajar itu sendiri. Program ini terbahagi kepada dua slot iaitu sesi pengucapan oleh Yang Berhormat Senator Datuk Seri Hajjah Zurainah Binti Musa dan sesi soal jawab yang dimoderatorkan oleh Dekan ICAN Kolej Pengajian Alam Bina sendiri iaitu Prof. Sr Dr Datin Hamimah Adnan.
Program ini turut dihadiri oleh Sr Dr Ahmad Shazrin Mohamed Azmi, Dekan Hal Ehwal Pelajar, Encik Mohd Fauzie (Pengurus Besar Startegic Relation Department Berjaya Corporation Berhad), Encik Taufik bin Mohd Fuad (Penolong Pengurus Besar Berjaya Berjaya Corporation Berhad), Professor Dr Muhammad Hussain Ismail (Pengarah Industri Network Centre) dan Encik Mohamad Nazrul Bin Mohd Amin (Dekan HEP Kolej Pengajian Pengkomputeran, Informatik dan Media). Pelbagai inisiatif telah dirancang bersama pihak Berjaya Corporation Berhad yang akan melibatkan kolaborasi MoU/MoA yang pastinya dapat meningkatkan kebolehpasaran graduan UiTM.