4 SEPTEMBER 2024 – Program Perpindahan Ilmu kepada Komuniti Sekolah yang dianjurkan oleh Perpustakaan Sultan Badlishah, UiTM Cawangan Kedah dengan kerjasama Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Badong, Merbok Kedah berlangsung dengan sambutan yang amat menggalakkan.
Program ini bertujuan berkongsi serta memindahkan ilmu kepada pelajar sekolah dari aspek pengurusan maklumat serta bacaan pantas. Penyertaan terhadap program ini melibatkan 174 pelajar serta 10 orang guru sekolah berkenaan. Penglibatan kakitangan Perpustakaan Sultan Badlishah sekali gus menyumbang kepada khidmat komuniti Universiti Teknologi MARA (UiTM) yang mana telah berkongsi kepakaran terhadap bidang maklumat serta bacaan pantas yang menyokong juga kepada Sustainable Development Goals (SDG) 4- Quality Education.
Matlamat utama program ini adalah memindahkan ilmu pengetahuan khusus untuk pelajar sekolah berkenaan seterusnya meningkatkan pemahaman dalam menggunakan teknik mengurus maklumat dengan lebih efektif. Melalui aktiviti serta penyampaian yang dilaksanakan, para pelajar lebih memahami teknik-teknik yang sesuai dengan keperluan semasa.
Hasil dari program ini juga, pihak Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Badong, Merbok Kedah telah bersetuju memanjangkan persefahaman dengan menandatangani Jaringan Kerjasama bersama UiTM Cawangan Kedah. Impak pelaksanaan program ini jelas menunjukkan bahawa telah membantu meningkatkan ilmu dikalangan komuniti setempat khususnya pelajar sekolah serta guru-guru terlibat ini.
Dengan penganjuran program seumpama ini, diharap dapat memberi peluang untuk ketampakan UiTM di mata masyarakat serta menawarkan pengetahuan baharu kepada penduduk setempat.
Penulis: Noor Azlin binti Abdullah, Muhamad Azrul Ayob, Mazuriah Ahmad, Norismaliza Che Oon & Noor Azlina Mat Esoff
Gambar: Zakaria Mohamad