Program Penyerahan Bantuan Peralatan Cegah Covid- 19 kepada SK (F) Jengka 11

MARAN – UiTM Cawangan Pahang, Kampus Jengka telah menyerahkan sumbangan berbentuk pelitup muka, pensanitasi tangan dan penyukat suhu kepada Sekolah Kebangsaan Felda Jengka 11 di Perpustakaan Al-Bukhari, UiTM Pahang baru-baru ini.

Penyerahan sumbangan tersebut telah disempurnakan oleh Rektor UiTM Cawangan Pahang, Prof. Ts. Dr. Mohd Ilham bin Adenan kepada Guru Besar, Encik Suhaiza bin Zainal Abidin. Majlis tersebut turut dihadiri oleh Prof. Ts. Dr. Azhan Hashim@Ismail (Timbalan Rektor Hal Ehwal Akademik), Dr. Badli Esham Ahmad (Timbalan Rektor Penyelidikan dan Jaringan Industri), Puan Norlaili Harun (Ketua Pusat Pengajian), Encik Mohd Risham Jaafar (Koordinator Unit Komunikasi Korporat), Encik Yusri Asmara (Guru Penolong Kanan Pentadbiran), dan Encik Kamarulzaman Usop (Yang Dipertua PIBG).

Program tersebut telah dianjurkan oleh Jawatankuasa Khidmat Masyarakat, Pusat Pengajian Pengurusan Gunaan, Fakulti Pengurusan dan Perniagaan, UiTM Cawangan Pahang Kampus Jengka.

Program tersebut adalah bertujuan untuk membantu pihak sekolah dan para pelajar terutamanya untuk mencegah penularan virus Covid-19 selaras dengan saranan daripada pihak kerajaan bersesuaian dengan Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) iaitu memastikan kehidupan yang sihat dan meningkatkan kesejahteraan di setiap peringkat umur.