Program Penyaluran Insentif dKasih untuk Siswa dan Siswi UiTM Sarawak Tahun 2019

14 November 2019 – Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Sarawak telah mengadakan Program Penyaluran Insentif dKasih untuk Siswa dan Siswi UiTM Cawangan Sarawak bertempat di Bilik Sarjana Kampus Samarahan.

Program Kasih Siswa Tahun 2019 merupakan salah satu inisiatif di bawah inisiatif baharu didik Kasih (dKasih) bagi tahun 2019 yang telah mendapat Peruntukan Khas YAB TPM. Program ini diadakan bagi tujuan untuk memberi insentif kepada pelajar bagi menampung keperluan awal setelah selesai melaporkan diri di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA).

Program tersebut telah dihadiri oleh YBhg Prof. Madya Dr. Hasmah binti Mohidin, Penolong Rektor Kampus Samarahan 2, tetamu jemputan khas iaitu YBhg Tuan Mohd Zaki bin Mahyudin, Pengarah Pembangunan Persekutuan Negeri Sarawak (PPNS) dan Yang Berusaha En. Awang Afferoz bin Awang Marikan, Ketua Penolong Pengarah Kesejahteraan Rakyat.

Berdasarkan padanan data yang diterima daripada Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT), didapati bahawa sebanyak 127 pelajar daripada Universiti, Kolej Komuniti dan Politeknik di seluruh Negeri Sarawak tersenarai bagi sesi kemasukan tahun 2019/2020.

Untuk pengajian peringkat ijazah seramai 27 orang pelajar telah terpilih iaitu 7 pelajar daripada UiTM Cawangan Sarawak dan 20 pelajar daripada Univerisiti Malaysia Sarawak (UNIMAS). Untuk pengajian peringkat diploma seramai 100 orang pelajar terpilih iaitu 40 pelajar daripada UiTM Cawangan Sarawak, 21 pelajar daripada Politekknik Kuching, 35 pelajar daripada Politeknik Mukah, 3 pelajar daripada Kolej Komuniti Sarikei dan 1 pelajar daripada Kolej Komuniti Miri.

0
0