Projek Rekebentuk Kejuruteraan Awam (Civil Engineering Design Project – ECS358) merupakan salah satu kursus semester akhir pelajar Diploma Kejuruteraan Awam CEEC110. Kursus ini merangkumi kerja-kerja rekabentuk bangunan dua tingkat yang semua kursus-kursus yang telah dipelajari sepanjang tiga tahun pengajian Diploma Kejuruteraan Awam.
Melalui kursus ini, pelajar tahun akhir dikehendaki merekabentuk bangunan dua tingkat yang dilengkapi dengan pelan struktur dan perincian lukisan, seterusnya menyediakan dokumen teknikal cadangan. Proses penyediaan rekabentuk dan dokumen teknikal ini haruslah merangkumi rekabentuk secara manual dan juga bantuan perisian komputer. Bagi memenuhi keperluan silibus, di akhir peringkat penyediaan projek, pelajar haruslah membentang dokumen teknikal cadangan kepada panel penilai.
Sehubungan itu, Pusat Pengajian Kejuruteraan Awam (PPKA) telah menjemput 7 orang panel penilai dari industri dan 14 penilai dalaman untuk menilai projek akhir rekebentuk ini. Kesemua panel penilai adalah berlatar belakangkan jurutera graduan yang telah di iktiraf oleh Lembaga Jurutera Malaysia (BEM). Pembentangan projek akhir ini yang diadakan pada hujung bulan Februari 2023 ini boleh dianggap sebagai langkah awal untuk mendekatkan pelajar tahun akhir atau bakal graduan Diploma Kejuruteraan Awam dengan melihat keperluan dan kehendak dari pihak industri sebagai salah satu pihak berkepentingan (stakeholder) terhadap program.
Antara objektif utama program ini adalah menilai tahap kompitensi pelajar tahun akhir dalam merekabentuk bangunan dua tingkat. Serta menilai dokumen teknikal cadangan yang telah disediakan melalui sesi pembentangan di samping memberi pengalaman kepada pelajar tahun akhir dalam menghadapi situasi pembentangan di hadapan jurutera professional untuk diaplikasikan di alam pekerjaan nanti. Di samping itu memberi pendedahan kepada pelajar tahun akhir terhadap keperluan dan kehendak industri melalui sesi soal jawab bersama panel penilai jemputan.
Program yang diatur ini akan memberi banyak manfaat kepada bakal graduan Diploma Kejuruteraan Awam dan sekaligus dapat memberi banyak kebaikan kepada Pengajian Kejuruteraan Awam , UiTM Cawangan Pahang.
Laporan oleh Norizah Binti Omar dan Mohd Risham Bin Jaafar.