TAIWAN, 25 OGOS 2024 – National Chung Hsing University (NCHU), Taiwan menawarkan pelbagai Program Musim Panas untuk Pelajar Antarabangsa, yang direka untuk memberikan pelajar antarabangsa pengalaman akademik dan budaya yang mendalam. Justeru, seramai 8 orang pelajar dari Fakulti Perladangan dan Agroteknologi (FPA) terpilih untuk menyertai International Student Summer Program di NCHU pada 10 Ogos sehingga 25 Ogos 2024.
Program selama 2 minggu ini ditaja oleh NCHU dan FPA Universiti Teknologi MARA (UiTM) bertujuan memberi pendedahan pada pelajar berkaitan pertanian terkini di Taiwan. NCHU adalah salah satu institusi pendidikan tinggi terbaik dan menduduki tangga 110 universiti di Asia untuk bidang Sains Pertanian.
Beberapa siri lawatan ke beberapa agensi kerajaan dan swasta, latihan praktikal, kelas dan seminar adalah sebahagian daripada agenda yang telah dilaksanakan oleh pelajar sewaktu di sana. Program ini memberikan impak positif kepada FPA dengan mewujudkan kolaborasi bersama universiti antarabangsa yang menawarkan pengajian dalam bidang pertanian. Ia juga dapat menjalin hubungan kerjasama akademik, mempromosi dan memperkenalkan FPA dan UiTM di peringkat global.