Program Mobile Community Services – KPT Prihatin Komuniti Sejahtera (KRIS) di Pulau Pangkor Anjuran HASA dan FPP

PULAU PANGKOR, PERAK – Hospital Al- Sultan Abdullah (HASA) UiTM dengan kerjasama Fakulti Pengurusan dan Perniagaan (FPP) UiTM Puncak Alam telah mengadakan Program Mobile Community Services – KPT Prihatin Komuniti Sejahtera (KRIS) di Pulau Pangkor, Perak. Program ini telah dijalankan pada 10 Ogos 2024 di Kampung Dewan Kg. Teluk Kecil, Pulau Pangkor dan dirasmikan oleh Setiausaha Sulit Kanan (SUSK) Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia. Seramai 52 orang perserta dari HASA Universiti Teknologi MARA (UiTM) yang diketuai oleh  Dr. Izzat Ismail, Timbalan Pengarah (Sokongan Klinikal) manakala seramai tujuh orang peserta daripada FPP yang menyertai program komuniti ini yang diketuai oleh Dr. Janiffa Saidon. Ahli-ahli fakulti yang turut terlibat adalah Profesor Dr. Rugayah Hashim, Prof. Madya Zaidi Mohd Aminuddin, Prof. Madya Norol Hamiza Zamzuri, Dr. Tuan Badrol Hisham Tuan Besar, Dr. Nurul Syifaa Mohd Shakil dan Nurul Ainun Ahmad Atory.

Pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan disepanjang program ini berlangsung. Antaranya ialah aktiviti “Game of Your Mind: Pangkor Genius” yang dikendalikan oleh wakil dari FPP. Seramai 52 pelajar dari peringkat sekolah rendah di sekitar Pangkor telah menyertai aktiviti ini yang merupakan satu permainan yang dinamakan “Slippery Upih”. Permainan ini bukan sahaja menyeronokkan tetapi juga secara tidak langsung meningkatkan kesedaran dalam kalangan mereka tentang kepentingan pencapaian akademik tanpa mengira jenis pilihan kerjaya yang mereka minati. Dengan aktiviti ini mereka dapat mempelajari pelbagai cabang akademik dan kerjaya sebagai panduan untuk mereka pada masa akan datang.

Di samping itu, aktiviti -akitiviti yang telah dijalankan adalah ceramah pendidikan kesihatan, kursus “Basic Life Support (BLS)”, saringan kesihatan, pemeriksaan gigi, pameran penyelidikan dan inovasi serta lawatan ke rumah penduduk kampung yang sakit.

Dengan berlangsungnya program komuniti ini, dapat dilihat penglibatan yang meriah dan sangat menggalakkan dari komuniti di Pulau Pangkor. Semoga jalinan muhibah ini menjadi wahana kepada pembangunan dan kesejahteraan di Pulau Pangkor.

Penulis artikel: Nurul Ainun Ahmad Atory, Dr. Janiffa Saidon, Dr. Nurul Syifaa Mohd Shakil, Dr. Tuan Badrol Hisham Tuan Besar, Prof. Madya Norol Hamiza Zamzuri, Profesor Dr. Rugayah Hashim dan Prof. Madya Zaidi Mohd Aminuddin