Program Mendaki Bukit Bendera 2019 sempena “Kempen Sayangi Alam Semulajadi”

Program Mendaki Bukit Bendera 2-19 sempena "Kempen Sayangi Alam Semulajadi"

PERMATANG PAUH, 7 Disember 2019 – Bertempat di Bukit Bendera Pulau Pinang telah berlangsung PROGRAM MENDAKI BUKIT BENDERA 2019 “Kempen Sayangi Alam Semulajadi” anjuran MPKK Tok Kandu Permatang Pauh Pulau Pinang dengan kerjasama MPKK Kampung Pertama Permatang Pauh, Jawatankuasa Perwakilan Non Residen (JPNR) UiTM Cawangan Pulau Pinang, pelatih Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Pulau Pinang dan Skuad Prihatin Seberang Jaya Pulau Pinang.

Program yang julung-julung kali diadakan ini telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada pelbagai peringkat umur seperti kanak-kanak, remaja, belia dan dewasa, warga emas serta pelajar UiTM.

Objektif program ini adalah untuk memupuk semangat cintakan kebersihan alam sekitar dan menyemai kesedaran tentang kepentingan menjaga kebersihan di kalangan masyarakat dan pelajar.

Program MENDAKI BUKIT BENDERA 2019 “Kempen Sayangi Alam Semulajadi” adalah antara salah satu aktiviti kolaborasi di antara masyarakat, wakil penduduk, AADK serta pelajar UiTM Cawangan Pulau Pinang Kampus Permatang Pauh. Ini adalah bukti keakraban yang berjaya diwujudkan dalam memperkasakan hubungan dua hala antara komuniti masyarakat dengan mahasiswa UiTM.

Foto berkaitan:

Program Mendaki Bukit Bendera 2-19 sempena "Kempen Sayangi Alam Semulajadi" Program Mendaki Bukit Bendera 2-19 sempena "Kempen Sayangi Alam Semulajadi" Program Mendaki Bukit Bendera 2-19 sempena "Kempen Sayangi Alam Semulajadi"

0
0