Pada tarikh 24 Mei 2024, bersamaan pada hari Jumaat, bermula pada pukul 8.30 pagi telah diadakan Program Mauizah Bulan Mei 2024 di Bahagian Pentaksiran dan Penilaian Akademik (BPPA), UiTM Shah Alam. Program dijalankan di Bilik Mesyuarat BPPA. Program Mauizah kali ni bertajuk ‘Fiqh Mengurus Hutang’ telah disampaikan oleh Ustazah Nurizzah Zafirah Nasaruddin, Penolong Pendaftar (Hal Ehwal islam (HEI), UiTM Shah Alam.
Hutang piutang dapat memberikan banyak manfaat kepada kedua belah pihak (penghutang dan pemberi hutang). Hutang piutang merupakan perbuatan saling tolong menolong antara umat manusia yang sangat dianjurkan oleh Allah SWT selama mana tolong menolong itu dalam perkara kebajikan. Kesan menangguhkan pembayaran hutang bagi yang mampu, tidak akan terangkat amalannya; dosa hutang tidak akan diampunkan; bagi mereka yang mampu tapi enggan membayar adalah zalim dan solat Rasulullah ke atas mereka tidak dapat memberi manfaat bagi mereka.
Harta dan manusia memang tidak boleh dipisahkan. Malah perbincangan tentang harta adalah sebahagian daripada hidup orang Islam. Menjadi cabaran pada hari ini adalah untuk menguruskan harta dalam bentuk hutang. Hutang disyariatkan untuk menunaikan hajat mereka yang terhalang kerana tidak mempunyai hutang. Kesimpulannya hutang wajib dicatat dan dibayar. Program berakhir kira-kira pada jam 9.30 pagi. Semoga program ini dapat dijadikan iktibar daripada ilmu yang disampaikan serta mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara warga BPPA.