Program Lingkaran Ilmu 2019 di Sekolah Kebangsaan Sungai Serai, Hulu Langat

Projek Lingkaran Ilmu merupakan salah satu program khas bersifat akademik tetapi dengan pendekatan yang menyeronokkan. Ia dianjurkan Sekretariat Mahasiswa Fakulti Kejuruteraan Awam (SMFKA), Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan peserta merupakan para pelajar Sekolah Sungai Serai Langat.

 Selain itu, program berkonsepkan perkongsian ilmu secara menyeronokkan ini dapat menyuntik dan membantu para pelajar daripada Sekolah Sungai Serai Langat dalam pelbagai aspek terutama sekali dari segi akademik dan memupuk minat untuk belajar bersungguh-sungguh serta mencapai sasaran yang dikehendaki sekolah.

Program ini juga sedikit sebanyak dapat membantu pihak sekolah dalam mengenal pasti kelebihan dan kekurangan pelajar yang terlibat terutama serta mendedahkan pelajar mengenai pembelajaran STEM iaitu “Science, Technology, Engineering and Mathematics’.

Oleh hal yang demikian, program ini diharapkan dapat mengeratkan silaturrahim antara UiTM Shah Alam dengan Sekolah dan diharapkan kerjasama yang bakal terjalin tidak mencapai titik noktah sebaliknya kekal berterusan.

Seterusnya, program ini bertujuan untuk memupuk mata pelajaran STEM (science, technology, engineering, mathematics) kepada murid-murid tahap 2 iaitu darjah 4, 5, dan 6. Selain itu, dapat mengeratkan lagi hubungan antara pihak UiTM dan sekolah serta dapat meneruskan nama baik UiTM di kalangan sekolah dan masyarakat.

Seterusnya, melahirkan pelajar UiTM yang serba boleh dalam menjayakan segala program yang dijalankan bukan sahaja dari segi akademik, bahkan untuk melatih pelajar untuk menggilap kemahiran insaniah seperti kemahiran berkomunikasi, kepimpinan dan pantas dalam membuat keputusan.

Akhir sekali, program ini melibatkan 79 para peserta sekolah kebangsaan sungai serai, 32 fasilitator dari SMFKA dan sukarelawan FKA juga 4 pensyarah penasihat FKA.

Penasihat Persatuan Pelajar SMFKA:
1. Dr Yazmin Sahol Hamid

Penasihat Program Lingkaran Ilmu 2019:
1. Siti Nurulhuda Binti Mohd Imran
2. Elmi Alif Azmi, Fauzi Bin Baharudin
3. Dr. Nor Azmi Bakhary

Maklumat tambahan:

  • Tarikh: 04-05-2019 Hingga 07-05-2019
  • Tempat: Sekolah Kebangsaan Sungai Serai, Hulu Langat
  • Penglibatan: 79- pelajar sekolah, 6-pensyarah FKA, 32 – pelajar FKA
  • Perasmi pembukaan/penutup: Prof Madya Dr Mohd Fadzil Arshad (TDHEP)
  • Youtube link Video: https://youtu.be/rLAb675s8d8
  • Pencapaian Sebelum: Murid-murid tidak mengerti dengan lebih mendalam tentang mata pelajaran STEM ini.
  • Pencapaian Selepas: Dapat menarik minat murid untuk lebih berminat mata pelajaran STEM berbanding mata pelajaran sastera
1
0