Program Latihan Praktikal Ujian Makmal kepada pelajar Diploma Teknologi Pembinaan, Kolej Vokasional Temerloh telah dilaksanakan pada 27 September 2022 di Makmal Kejuruteraan Awam UiTM Cawangan Pahang , Kampus Jengka. Program ini adalah bermatlamat bagi berkongsi kepakaran yang dimiliki Pusat Pengajian Kejuruteraan Awam UiTM Cawangan Pahang (PPKA) dengan pelajar dan tenaga pengajar Kolej Vokasional Temerloh berkaitan dengan ujian – ujian di makmal kejuruteraan awam. Program ini merupakan kali pertama diadakan pada tahun 2022 dan dijangka kan diteruskan pada tahun yang berikutnya.
Antara ujian-ujian makmal yang terlibat adalah seperti Analisis Ayakan Aggregat, Ujian Tanpa Musnah Konkrit , Ujian Batu Bata dan Ujian Gantian Pasir. Makmal yang terlibat pula adalah Makmal Mekanik Tanah, Makmal Bahan Kejuruteraan dan makmal Konkrit.
Program ini, melibatkan beberapa staf akademik dan juga penolong jurutera makmal. Diantaranya adalah Ir. Amminudin Ab Latif (Pengarah Program), Dr. Mohd Shahrul Hisyam Mohd Sani (Pensyarah Makmal), Ts.Mohd Mustaqim Mohd Nordin (Pensyarah Makmal), Pn. Fadhlulhartini Hj. Muftah (Pensyarah Makmal), Ts. Zulhafizal Othman (Ketua Pusat Pengajian), En. Mohd Mawardi Mohd Kamal (Ketua Penyelaras Makmal), En. Abdul Muhaimin Aziz (Penolong Jurutera Makmal) dan En. Muhammad Khairul Abdul Kadir (Penolong Jurutera Makmal).
Program bermula pada sesi pagi dengan penerangan berkaitan keselamatan makmal dan diteruskan dengan ujian – ujian makmal di Makmal Mekanik Tanah. Manakala sesi petang pula berlangsungnya latihan praktikal ujian makmal di Makmal Bahan Kejurutreaan dan Makmal Konkrit. Pada sesi akhir program ini, para pelajar diberi penerangan yang lebih terperinci berkaitan analisis data bagi setiap ujian makmal yang dijalankan dan seterusnya melaporkan hasil ujian makmal yang diperolehi.
Keseluruhan peserta berpuas hati dan teruja kerana berpeluang melihat dan menjalankan ujian-ujian makmal yang melibatkan penggunaan peralatan makmal yang terkini dan pantas.
Adalah diharapkan program Latihan praktikal seperti ni akan menjadi titik tolak kerjasama dan perkongsian kepakaran yang lebih utuh diantara Kolej Vokasional di negeri Pahang dan seluruh negara dalam usaha membangunkan tenaga kerja mahir dalam bidang Teknikal dan Vokasional (TVET).