Program Khidmat Penerapan Ilmu Asas Kewangan Kepada Masyarakat Orang Asli, Banting, Selangor Anjuran Transformational Accounting Education (TAE) Research Cluster

8 Oktober 2022, Sabtu – Kolaborasi antara Fakulti Perakaunan, UiTM Cawangan Selangor Kampus Puncak Alam, JKOA dan MINDEF melalui TAE Research Cluster telah menganjurkan Program University Social Responsibility (USR) iaitu Program Khidmat Penerapan Ilmu Asas Kewangan untuk masyarakat Orang Asli di Kampung Bukit Tadom, Banting, Selangor.

Aktiviti kemasyarakatan ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada masyarakat orang asli khususnya mengenai kepentingan ilmu pengurusan kewangan ke arah mencapai kualiti hidup yang lebih baik. Dekan Fakulti Perakaunan, Prof. Dr. Haslinda Yusoff bersama Timbalan Dekan (PJI) Fakulti Perakaunan, Prof. Madya Dr. Suhaily Hasnan turut menghadiri program ini sebagai tanda sokongan kepada TAE Research Cluster dan ahli jawatankuasa program yang yang diketuai oleh Prof Dr. Erlane K. Ghani.

Antara aktiviti sampingan yang turut dijalankan sepanjang program ini berlangsung adalah misi akademik bagi program pra pendidikan UiTM, klinik kesihatan (MINDEF), pemberian sumbangan pakaian, buku baru/terpakai, bantuan makanan asas serta penyampaian hadiah cabutan bertuah kepada masyarakat orang asli. Seramai hampir 200 orang penduduk orang asli telah hadir bagi menjayakan program ini.