Program Khidmat Masyarakat: Gotong Royong Perdana “Search & Destroy”

Program Khidmat Masyarakat: Gotong Royong Perdana “Search & Destroy”

Batu Kawan, 17 November 2019 – Program gotong royong perdana kejiranan rukun tetangga (KRT) dengan kerjasama pasukan Communication for Behavioural Impact (COMBI), Jabatan Kesihatan Daerah Seberang Perai Selatan, Majlis Bandaraya Seberang Perai dan Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Pulau Pinang telah dilaksanakan dengan jayanya bertempat di Taman Intan Delima, Batu Kawan, Pulau Pinang. Seramai 30 pelajar UiTM daripada Persatuan Institut Pemikir Mahasiswa (IPM) diiringi penasihat persatuan telah terlibat secara terus di dalam program gotong royong ini.

Objektif utama program ini adalah menjurus kepada mencari dan memusnahkan tempat pembiakan nyamuk aedes di kawasan kejiranan. Berikutan kes demam denggi yang kian meningkat, Jabatan Kesihatan Daerah telah mengambil inisiatif ini untuk mengunjungi setiap kejiranan dalam usaha memberi pendedahan kepada masyarakat setempat akan bahayanya nyamuk aedes dan virus denggi.

Program Khidmat Masyarakat: Gotong Royong Perdana “Search & Destroy”

Di bantu sukarelawan daripada pelbagai peringkat khususnya masyarakat setempat dan juga institusi pengajian yang berhampiran dapat membendung permasalahan pembiakan nyamuk aedes dan penyakit demam denggi ini.

Di samping mendapat pendedahan yang lebih terperinci mengenai nyamuk aedes ini, para pelajar UiTM Cawangan Pulau Pinang berpeluang untuk berkongsi ilmu bersama masyarakat setempat. Aktiviti santai yang dijalankan oleh para pelajar sebelum dan selepas program gotong royong yang lebih ke arah penjagaan kesihatan melalui senaman, regangan dan juga pemakanan, di terima baik oleh masyarakat setempat.

Secara tidak langsung, penglibatan para pelajar di dalam program ini dapat mengurangkan jurang komunkasi di antara masyarakat dan institusi Pendidikan. Turut hadir di dalam program gotong royong ini adalah En Aziss Bin Zainal Abidin, Ahli Majlis MBSP.

Foto berkaitan:

Program Khidmat Masyarakat: Gotong Royong Perdana “Search & Destroy” Program Khidmat Masyarakat: Gotong Royong Perdana “Search & Destroy” Program Khidmat Masyarakat: Gotong Royong Perdana “Search & Destroy”

0
0