Program Khidmat Komuniti : Jalinan Kasih Permata Hati

Sukacita dimaklumkan Pusat Kerjaya dan Kaunseling akan menganjurkan Program Khidmat Komuniti di rumah perlindungan kanak-kanak yang menempatkan anak-anak yatim/Kanak-kanak OKU. Maklumat program adalah seperti berikut :

Program Khidmat Masyarakat : Jalinan Kasih Permata Hati
Tarikh: 23 April 2016 (Sabtu)
Tempat: Rumah Kanak-kanak Tengku Budriah, Cheras, Kuala Lumpur

Sehubungan itu, pihak kami mengalu-alukan kepada warga HEP yang ingin menghulurkan sumbangan berupa barangan kepada rumah kebajikan berkenaan. Bentuk sumbangan yang diperlukan ialah:


i) Pakaian:
– Pakaian kanak-kanak lelaki & perempuan
– Berumur antara 0 (bayi) hingga 12 tahun
– Pakaian baharu atau terpakai (dalam keadan yang masih elok)

ii) Lampin Pakai buang:
– Untuk kegunaan kanak-kanak (umur 0 hingga 12 tahun dan kanak-kanak OKU)
– Saiz S/M/L/XL/XXL/XXXL

iii) Barang Permainan:
– Barang permainan untuk kanak-kanak berumur (0 hingga 6 tahun)
– Mainan baharu
– Terpakai (dalam keadan yang masih elok)

Barang sumbangan boleh dihantar / diletakkan dihadapan pintu stor HEP, Tingkat 1, Bangunan Budisiswa, UiTM Shah Alam atau boleh berhubung dengan pegawai berkenaan untuk keterangan lanjut:

i) Pn. Rokiah Mahmud: (Ext : 03-5544 2376)
ii) Pn. Masrina Abdul Halim: (Ext : 03-5521 1483)
iii) Pn. Nur Farahzawanah Ali : (Ext: 03-5544 2373)

Sumbangan, perhatian dan kerjasama daripada Y. Bhg. Datuk/Datin/ Tuan/Puan/Cik amat kami hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

Facebook Pusat Kerjaya dan Kaunseling UiTM : https://www.facebook.com/PKKUiTM/

0
0