Program Khidmat Komuniti HPD222 UiTM Kampus Samarahan ke Pusat Jagaan Nur Murni, Kuching

Program Khidmat Komuniti HPD222 UiTM Kampus Samarahanke Pusat Jagaan Nur Murni, Kuching

KOTA SAMARAHAN, 9 DISEMBER 2019 – Pada 29 November 2019 (Jumaat) yang lalu, sekumpulan pelajar yang mengambil ko-kurikulum Pengucapan Awam (HPD222) telah menganjurkan Program Khidmat Masyarakat bertempat di Pusat Jagaan Nur Murni yang beralamat di Batu Kawa Kuching diiringi penasihat program Dr. Azlina Bujang. Pusat Jagaan Nur Murni merupakan sebuah pusat jagaan anak-anak yatim piatu dan anak-anak yang berasal daripada keluarga asnaf yang kurang berkemampuan.

Pelbagai aktiviti telah diadakan bersama-sama penghuni rumah jagaan Nur Murni seperti perkongsian pengalaman oleh salah seorang pelajar HPD222 iaitu saudara Mohd Syazwan yang bertujuan untuk meningkatkan motivasi anak-anak Nur Murni untuk melanjutkan pelajaran sehingga ke menara gading. Selain itu juga, beberapa aktiviti lain turut dilaksanakan dan tidak lupa juga aktiviti pembersihan kawasan sekitar kediaman juga diadakan bersama anak-anak Nur Murni.

Program Khidmat Komuniti HPD222 UiTM Kampus Samarahanke Pusat Jagaan Nur Murni, Kuching

Setelah selesai kesemua aktiviti, terpapar senyuman gembira di wajah anak-anak Pusat Jagaan Nur Murni di mana mereka kelihatan seronok turut serta dengan aktiviti yang disediakan. Program seumpama ini diharapkan dapat memberi kesan yang positif dalam diri anak-anak Nur Murni. Semoga mereka sentiasa mempunyai motivasi dan bersemangat untuk menimba ilmu pengetahuan.

Adalah diharapkan program-program khidmat masyarakat seperti ini dianjurkan pada setiap semester dan seharusnya diperbanyakkan lagi agar dapat membuka minda pelajar dan lebih mendekati komuniti sekitar disamping menghulurkan bantuan kepada  pihak yang memerlukan.

Foro berkaitan:

Program Khidmat Komuniti HPD222 UiTM Kampus Samarahanke Pusat Jagaan Nur Murni, Kuching Program Khidmat Komuniti HPD222 UiTM Kampus Samarahanke Pusat Jagaan Nur Murni, Kuching Program Khidmat Komuniti HPD222 UiTM Kampus Samarahanke Pusat Jagaan Nur Murni, Kuching Program Khidmat Komuniti HPD222 UiTM Kampus Samarahanke Pusat Jagaan Nur Murni, Kuching Program Khidmat Komuniti HPD222 UiTM Kampus Samarahanke Pusat Jagaan Nur Murni, Kuching Program Khidmat Komuniti HPD222 UiTM Kampus Samarahanke Pusat Jagaan Nur Murni, Kuching

1
0