Program Kembara Ramadhan Siri 4.0 2019 anjuran UiTM Kampus Kuala Pilah

Program Kembara Ramadhan Siri 4.0 2019 anjuran Pusat Pengajian Biologi dengan kerjasama Unit Hal Ehwal Islam UiTM Cawangan Negeri Sembilan telah berlangsung dengan jayanya pada 14 Mei 2019 bersamaan dengan 9 Ramadhan 1440H.
 
Sehubungan dengan itu, pihak kami ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh warga kerja UiTM Kampus Kuala Pilah yang telah menyumbangkan sumbangan bagi program ini.
Hasil sumbangan telah digunakan bagi penyediaan bubur lambuk untuk edaran kepada semua warga dan wang sumbangan ini juga telah disalurkan kepada 40 orang pelajar asnaf di kampus ini sebagai persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri yang akan tiba nanti.
 
Semoga dengan sumbangan yang diberikan dapat membantu pelajar-pelajar ini untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini. 
Foto yang menarik:    Program Kembara Ramadhan Siri 4.0 2019 anjuran Pusat Pengajian Biologi dengan kerjasama Unit Hal Ehwal Islam UiTM Cawangan Negeri Sembilan
0
0